Skip to main content

Hiburan

Bahagi Masa Antara Kerjaya, Pelajaran, & Dewi Remaja, Sharmaine Alexander Berjaya Genggam Scroll Master! - "Saya Hampir Pindah Alam..."

Astrogempak SHARMAINE

Sekilas

  • Sharmaine Alexander kongsi cabaran membahagikan masa antara kerjaya peguam, pengajian Master dan pertandingan Dewi Remaja yang buat dia penat mental dan fizikal.
  • Rutin hariannya sangat padat, bekerja dari 9 pagi hingga 6 petang, kemudian terus ke kelas Master di Shah Alam hingga lewat malam hampir setiap minggu.
  • Sharmaine tekankan kekuatan mental sebagai kunci utama untuk terus bertahan dan capai impian, sambil menerima ucapan tahniah daripada netizen.

Pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja, Sharmaine Alexander mengakui perjalanan menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang perundangan bukanlah sesuatu yang mudah.

Menerusi hantaran di TikTok UiTM, menurut Sharmaine, dia terpaksa membahagikan masa antara kerjaya sebagai peguam, pengajian Master serta komitmennya dalam pertandingan Dewi Remaja sehingga ada kalanya berasa terlalu penat secara mental dan fizikal.

“Sebenarnya tahun lalu saya belum selebriti lagi. Masa nak final Master itu, barulah saya jadi Dewi Remaja.

“Saya bahagikan masa antara Dewi Remaja, Master dan chambering. Cara membahagikan masa itu, saya tak tahulah… saya hampir pindah alam sebenarnya,” selorohnya.

Tambah Sharmaine, rutin hariannya ketika itu sangat padat apabila dia bekerja sebagai peguam dari jam 9 pagi hingga 6 petang sebelum terus menghadiri kelas di Shah Alam.

“Saya tinggal dekat KL, jadi selepas habis kerja saya terus ke Shah Alam untuk kelas Master. Selalunya saya sampai rumah sekitar pukul 10 malam dan sambung belajar sampai 1 pagi,” katanya.

Menurut Sharmaine lagi, rutin tersebut dilaluinya hampir setiap minggu dan hanya kekuatan mental menjadi faktor utama yang membantunya terus bertahan demi mencapai impian.

“Empat hari memang itu rutin saya. Saya hanya ada kekuatan mental yang tinggi sahaja. Sekiranya saya boleh, anda pasti boleh,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan kagum dengan kejayaan yang diperolehi Sharmaine.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement