Skip to main content

Selebriti

Baim Wong Tersentuh Hati Dengan Kisah Dicky, Luah Hasrat Mahu Jemput Ke Tayangan Filem - “Dari Suaranya Saya Tahu Dia Tulus…”

Baim Wong

Sekilas

  • Baim Wong terharu selepas menonton video tular yang menunjukkan seorang ‘pomen’ membantu pemuda bernama Dicky yang mengalami kerosakan motor di tepi jalan tanpa mengenakan bayaran.
  • Baim merasakan kejujuran Dicky melalui nada suaranya yang menolak bantuan percuma walaupun dalam kesusahan.
  • Baim berhasrat menjemput Dicky sebagai tetamu istimewa ke tayangan perdana filemnya yang akan datang.
Advertisement

Pelakon, Baim Wong mengakui dirinya tersentuh selepas menonton satu video tular yang merakamkan seorang pemuda menerima pertolongan dari seorang ‘pomen’ ketika berdepan dengan situasi motor rosak di tepi jalan.

Baim menerusi hantaran di akaun Instagramnya berkata dia dapat merasai kejujuran pemuda tersebut melalui nada suara yang didengarnya apabila menolak untuk menerima bantuan ‘pomen’ tersebut secara percuma walaupun berada dalam kesusahan.

Advertisement

“Ini bukan promo filem. Satu video buat saya rindu akan sesuatu. Dari suaranya saya tahu dia tulus, bukan karena kamera,” coretnya.

Dalam pada itu, Baim juga turut menyatakan hasrat untuk menjemput pemuda yang dikenali sebagai Dicky itu untuk menjadi tetamu istimewa ke acara tayangan perdana filemnya akan datang.

“Semoga dia mahu menjadi tamu istimewa saya untuk datang ke premiere filem,” tulisnya.

Terdahulu, seorang ‘pomen’ yang menggunakan nama sebagai Minyak Hitam Jalanan menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya membantu Dicky yang kerosakan motor pada tengah malam.

Apa yang menyentuh hati ialah ‘pomen’ berkenaan memilih untuk tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Dicky yang ketika itu dilihat dalam keadaan seperti kesempitan wang.

Sumber: Instagram @baimwong

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement