Ringkasan AI
- Penyanyi dan anggota Dewan Rakyat Indonesia, Mulan Jameela, menerima kritikan selepas persembahan di Benuanta Fest 2K25.
- Penampilannya yang berwarna-warni dan ketat dianggap aneh dan kurang sopan oleh netizen, terutama kerana dia berhijab.
- Mulan menyanyikan lagu popular seperti Abracadabra, Dokter Cinta, dan Wonder Woman dalam acara HUT Provinsi Kalimantan Utara.
- Netizen mempersoalkan kesesuaian pakaian Mulan sebagai wakil rakyat dan wanita berhijab.
- Kritikan turut menyorot busana yang hanya menutupi sebahagian siku dan dianggap tidak elegan untuk tahun 2025.
Penyanyi Mulan Jameela yang juga merupakan seorang anggota Dewan Rakyat Indonesia menerima kritikan selepas membuat persembahan dalam sebuah acara baru-baru ini.
Sebagai penyanyi, tiada masalah buat Mulan tampil menghiburkan penonton di acara Benuanta Fest 2K25. Namun penampilannya dikritik kerana disifatkan aneh dan kurang sopan sebagai seorang wanita berhijab serta tanggungjawab mewakili rakyat.
Dalam acara yang merupakan kemuncak perayaan HUT Provinsi Kalimantan Utara (Kaltara) itu, Mulan mendendangkan lagu hitnya termasuk Abracadabra, Dokter Cinta, Makhluk Tuhan Paling Sexy, dan Wonder Woman.
Namun netizen lebih tertarik untuk bercakap mengenai penampilan isteri Ahmad Dhani itu.
Mulan tampil dengan pakaian yang cukup berwarna warni campuran hijau, jingga, merah jambu dipadan sepatu tinggi warna ungu.
Selain disifatkan penampilan tersebut sebagai aneh dan dilabel macam kuih apam berwarna warni, ramai netizen kesal kerana busana tersebut terlalu ketat buat wanita berhijab.
Malah ia juga hanya menutupi sebahagian siku penyanyi berusia 46 tahun itu, lapor Suara.com.
“Fungsi pakai tudung untuk apa ya?”tanya seorang pengguna media sosial.
“Baju ketat, lengan sampai siku dan anggota DPR,”luah yang lain.
“Ya ampun ini sudah tahun 2025. Banyak rekaan busana yang cantik dan elegan. Kenapa pilih yang macam apam berwarna warni?”tanya netizen.