Skip to main content

Berita Tempatan

‘Baju Yang Baru’ Bawa Tuah, Langkasuka Sapu Tiga Trofi ALI2025

‘Baju Yang Baru’ Bawa Tuah, Langkasuka Sapu Tiga Trofi ALI2025

Sekilas

  • Kumpulan Langkasuka menang besar di Anugerah Lagu Indie 2025 dengan lagu ‘Baju Yang Baru’, membawa pulang tiga trofi termasuk Lagu Terbaik.
  • Kategori lain dimenangi Sethpoll untuk Lagu Rock Terbaik dan Wrga untuk Lagu Hip Hop Terbaik, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000.
  • ALI2025 menerima 590 penyertaan dan menggunakan gabungan penilaian juri profesional dan undian awam untuk memilih pemenang dalam tiga kategori utama.
Advertisement

Kumpulan Langkasuka mencipta kejayaan tersendiri apabila mendominasi Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2025 (ALI2025) dengan membolot tiga trofi menerusi karya ‘Baju Yang Baru’.

Bukan sahaja dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, karya ciptaan sepenuhnya oleh Zuhaili itu turut membawa pulang trofi Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Advertisement

Kemenangan tersebut menyaksikan Langkasuka membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM25,000, masing-masing RM15,000 bagi Lagu Terbaik serta RM5,000 untuk Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Pencapaian itu menjadi kemuncak edisi keenam ALI2025 yang menyaksikan 15 finalis bersaing selepas dipilih daripada keseluruhan 590 penyertaan yang diterima.

Bagi kategori Lagu Rock Terbaik, kemenangan menjadi milik Sethpoll menerusi ‘Gelandangan Mewah’ yang dicipta dan ditulis sendiri olehnya.

Sementara itu, Wrga muncul pemenang Lagu Hip Hop Terbaik menerusi ‘GKG (Gomo Kelate Gomo)’, juga hasil ciptaan mereka sendiri.

Sethpoll dan Wrga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Secara keseluruhan, lima kategori yang dipertandingkan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM35,000, merangkumi Lagu Terbaik sebanyak RM15,000 serta RM5,000 masing-masing untuk Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik dan Persembahan Terbaik.

ALI2025 menerima sebanyak 590 penyertaan selepas tempoh penghantaran karya ditutup pada 31 Mac lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90 lagu terbaik dipilih ke peringkat seterusnya sebelum proses undian awam menentukan 15 finalis yang layak beraksi di pentas akhir.

Pemilihan pemenang ditentukan berdasarkan 70 peratus penilaian panel juri profesional dan 30 peratus undian awam dalam talian, dengan aspek gubahan, lirik serta keaslian karya menjadi antara kriteria utama penilaian.

Barisan juri profesional ALI2025 terdiri daripada AG Coco, Irena Taib, Leaism, Loy Ekzan, Melina William, Luca Sickta, Prof Madya Dr Muhammad Sayyid bin Shafiee, Roshan Jamrock dan Wing Meng.

Pentas Akhir ALI2025 berlangsung di Proscenium Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Sunway Square Mall dengan menampilkan 15 karya dalam tiga kategori utama iaitu Pop, Rock dan Hip Hop.

Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik Presents) sebagai penyokong utama program.

ALI2025 diteruskan sebagai platform memberi pengiktirafan kepada pengkarya muzik indie selain membuka peluang kepada bakat tempatan untuk memperkenalkan karya kepada khalayak lebih luas.
 

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement