Skip to main content

Hiburan

Bakal Anjur Konsert Kristal OG, Lan Sudah Hubungi Rody Untuk Bergabung - “Dia Hanya Respon…”

Lan Solo

Sekilas

  • Lan Solo telah cuba berhubung dan merendahkan ego untuk bekerjasama dengan Rody bagi konsert Kristal OG pada Mei, tetapi tidak mendapat maklum balas positif.
  • Lan mencadangkan pertemuan secara bersemuka untuk berbincang, namun Rody hanya memberi jawapan 'nanti fikir' dan alasan sibuk sehingga Lan berhenti mencuba.
  • Walaupun kecewa, Lan menghormati keputusan Rody dan berjanji akan komited memberikan persembahan terbaik dalam konsert tersebut.
Advertisement

Bakal menganjurkan konsert bersama Kristal OG pada Mei, penyanyi Lan Solo memaklumkan bahawa dia sudah merendahkan ego dan berhubung dengan gitaris utama kumpulan Kristal iaitu Rody bagi bergabung dan bekerjasama menjayakan konsert tersebut

Walau bagaimanapun, Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof mendakwa dia tidak mendapat maklum balas positif daripada Rody.

Advertisement

Tambah pelantun lagu Seragam Hitam itu, dia juga ada mengajak Rody untuk berjumpa berbanding berbual menerusi hataran mesej kerana risau kata-katanya disalah ertikan.

“Sejak awal menerima tawaran ini, dia orang pertama yang saya rujuk dan ingin jumpa. Saya cadangkan kami berjumpa memandangkan sudah lama tidak bersemuka. Bagi saya, lebih baik berbincang depan-depan daripada WhatsApp.

“Tetapi hari demi hari, dia hanya beri jawapan ‘nanti fikir’ dan alasan sibuk. Dari Jun 2025 saya cuba hubungi hingga Julai, hampir Ogos, barulah saya buat keputusan untuk berhenti mencuba," katanya kepada Gempak.

Lan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media konsert Kristal OG bertempat di Hotel Olimpik, Kuala Lumpur pada Rabu.

Jelas Lan, dia berniat untuk mememuhi permintaan peminat yang pastinya merindui kerjasama mereka dan dalam masa yang sama mahu memperbaiki hubungannya dengan Rody.

“Saya sudah ketepikan ego kerana rasa ini masa yang sesuai tetapi agak kecewa apabila ia tidak menjadi seperti dirancang. Orang nampak saya dan Rody sebagai tonggak utama Kristal, jadi saya cuba tunaikan hasrat peminat,” kongsinya.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 40 tahun itu menghormati keputusan Rody dan dalam masa yang sama akan komited memberikan terbaik buat konsert itu.

“Bohong kalau saya kata tidak kecewa. Ini jalan pertama yang saya pilih iaitu berjumpa dan berbincang untuk jadikan konsert ini satu memori indah buat Kristal.

“Tetapi bila ia tidak berlaku, saya anggap belum ada rezeki. Saya perlu teruskan fokus dan hormati keputusan yang diberikan,” katanya lagi.

Sebelum ini, hubungan persahabatan Lan dan Rody dikatakan renggang dipercayai selepas penyanyi itu membuat keputusan untuk menyertai Gegar Vaganza musim ke-4, sembilan tahun yang lalu.

Keputusan Lan itu kemudiannya membuatkan dirinya ‘direhatkan’ sebelum Rody memilik untuk mencari vokalis pengganti sekali gus membuatkan Lan memilih keluar dari kumpulan Kristal.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement