Skip to main content

Hiburan

Bakal Beraksi Di Dewan Filharmonik Petronas, Jaclyn Victor Mahu Utamakan Kesihatan - “Apa Yang Saya Risau…”

Jaclyn Victor

Sekilas

  • Jaclyn Victor akan mengadakan konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) pada 17 Oktober di Dewan Filharmonik Petronas, dengan fokus menjaga kesihatan akibat jerebu.
  • Konsert bertemakan Gemilang Bersama MPO ini menampilkan lagu popular Jaclyn dengan susunan simfoni baru dan cabaran menyanyikan lagu klasik dalam bahasa Itali.
  • Jaclyn berasa teruja dan berbesar hati dapat berkolaborasi dengan MPO, sambil memperuntukkan masa lebih untuk latihan kawalan vokal dan teknik pernafasan.
Advertisement

Keadaan cuaca yang tidak menentu terutama jerebu membuatkan penyanyi Jaclyn Victor berasa bimbang memandangkan dalam tempoh kurang sebelum dia akan mengadakan konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

 

Advertisement

Pertama kali membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan, Jaclyn memberitahu dia perlu menitikberatkan soal kesihatan bagi memastikan dirinya dapat beraksi dengan baik. 

 

"Apa yang saya risaukan sekarang ialah jerebu yang memberi kesan kepada kesihatan. Jadi, saya rasa mungkin perlu mula pakai 'mask' (topeng muka) semula atau sesuatu.

 

"Ini kali kedua saya terkesan dengan keadaan ini pada musim ini. Jadi, saya perlu banyak berehat dan mengutamakan perkara yang lebih penting seperti fokus kepada lagu, persembahan dan latihan.

 

"Saya juga dicabar untuk menyampaikan lagu klasik dalam bahasa Itali," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sesi temu bual bersama media di DFP, KLCC pada Isnin.

 

Dalam pada itu Jaclyn mengakui, cabaran menyanyikan lagu klasik dalam bahasa Itali yang diberi pengarah muzik, Ahmad Muriz Che Rose, berdasarkan kebolehannya sebagai penyanyi.

 

"Abang Muriz suka buat benda-benda macam ini. Dia akan cakap, sekejap, saya rasa awak patut buat ini.

 

"Tetapi, saya suka mencabar diri dan buat eksperimen. Mungkin saya tak sempurna sebab saya bukan penyanyi klasik, tetapi saya suka mengambil peluang ini," katanya.

 

Justeru, Jaclyn berkata, dia perlu memperuntukkan lebih banyak masa untuk berlatih terutama bagi memastikan teknik pernafasan dan kawalan vokalnya berada pada tahap terbaik.

 

"Menyanyi bersama orkestra memang menakutkan. Bagi saya, tiada ruang untuk melakukan kesilapan. Kalau salah bernafas pun boleh dengar. Jadi, saya perlu lebih fokus dan berdisiplin dalam setiap aspek sebagai persiapan," katanya.

 

Jaclyn turut meluahkan rasa teruja dan berbesar hati apabila menerima undangan menjayakan konsert berkenaan, selain tidak sabar untuk merasai pengalaman membuat persembahan bersama barisan pemuzik orkestra.

 

"Saya selalu guna perkataan ini, saya sangat teruja kerana itulah perasaan saya. Ini sesuatu yang sudah lama dinantikan.

 

"Saya tidak pernah terfikir akan mengadakan konsert bersama MPO. Ini sudah berada pada tahap yang berbeza," katanya.

 

Bertemakan Gemilang Bersama MPO, konsert pimpinan Ahmad Muriz meraikan perjalanan muzik Jaclyn yang sudah menjangkau lebih dua dekad dalam dunia muzik.

 

Jaclyn sekali gus menyertai senarai artis tempatan ternama yang pernah berkolaborasi dengan MPO termasuk Tan Sri SM Salim, Datuk Seri Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah, Ella dan Aina Abdul.

 

Jaclyn bukanlah nama asing dalam kalangan penonton MPO apabila pernah tampil sebagai penyanyi undangan menerusi konsert MPO bertemakan Aubrey Suwito & Friends pada 2017, Judika & The MPO (2019) dan The Magnificent Seven (2022).

 

Menerusi konsert ini, lagu popular Jaclyn akan diberikan nafas baharu menerusi susunan simfoni MPO, sekali gus menawarkan interpretasi segar terhadap karya seperti Gemilang, Ikut Rentakku, Di Bawah Pohon Asmara, Tiada Lagi Indah dan Beribu Sesalan.

 

Peminat turut berpeluang menghayati lagu seperti Tunggu Sekejap, When I Fall In Love, Superwoman, Diamonds Are Forever, Chong Bai, O Mio Babbino Caro dan Defying Gravity menerusi persembahan orkestra dengan gaya vokal tersendiri Jaclyn bersama MPO.

 

Jaclyn mula mencipta nama selepas menjuarai pertandingan Malaysian Idol edisi pertama pada 2004.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement