Skip to main content

Selebriti

Bakal Berkahwin, Bella Astillah Terharu Dengar Kisah Cinta Tun M & Tun Hasmah – “Bagaimana Untuk Terus Mencintai Orang Yang Sama…”

Bakal Berkahwin, Bella Astillah Terharu Dengar Kisah Cinta Tun M & Tun Hasmah – “Bagaimana Untuk Terus Mencintai Orang Yang Sama…”

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi pengalaman bertemu Tun Dr. Mahathir dan Tun Hasmah untuk mendapatkan pandangan tentang rahsia rumah tangga mereka yang kekal lebih 70 tahun.
  • Perbincangan itu memberi inspirasi tentang pentingnya kesabaran, bertolak ansur, memaafkan, dan saling memahami dalam mengekalkan hubungan jangka panjang.
  • Bella dan tunangnya, Syed Saddiq, akan melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober di Menara 118, Kuala Lumpur.
Advertisement

Bakal menjelang hari bahagia tidak lama lagi, pelakon, Bella Astillah berkongsi momen istimewa berpeluang bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Hasmah Mohamad Ismail.

Menerusi perkongsian di media sosial, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, mengakui amat berbesar hati dapat bertemu dengan dua figura kesayangan negara.

Advertisement

Lebih manis lagi, pertemuan tersebut memberi peluang buat Bella dan tunangnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapatkan pandangan mengenai rahsia mengekalkan keharmonian rumah tangga selepas lebih tujuh dekad bersama.

“Hari ini saya dapat sesuatu yang saya rasa tak mungkin saya boleh dapat di luar sana.

“Saya dan YB @syedsaddiq bertemu Tun M dan Tun Hasmah. Salah satu perkara yang paling saya ingin tahu, bagaimana sebuah hubungan dan rumah tangga boleh terus kekal utuh selepas lebih 70 tahun bersama, mashaAllah.

“Kita selalu bercakap tentang jatuh cinta, tentang ‘Dream Wedding’ atau tentang permulaan sebuah kehidupan bersama.

“Tapi jarang kita bercakap tentang bagaimana untuk terus mencintai orang yang sama apabila tahun demi tahun berlalu. 

“Apabila kita berubah, usia bertambah, kehidupan menguji dan dunia di sekeliling kita tidak lagi sama,” kongsinya.

Advertisement

Dalam pada itu, Bella juga turut menyifatkan perjalanan rumah tangga lebih 70 tahun yang dilalui Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebagai sesuatu yang penuh dengan pelbagai pengalaman hidup.

Kata Bella, tempoh yang panjang itu pastinya menuntut kesabaran, sikap bertolak ansur, saling memaafkan serta memahami antara satu sama lain.

“Lebih 70 tahun… Bayangkan berapa banyak suka dan duka yang telah dilalui. 

“Berapa banyak sabar, bertolak ansur, memaafkan dan memahami yang diperlukan untuk sampai ke satu tahap di mana, selepas semuanya, orang yang masih berada di sisi kita ialah orang yang sama yang kita pilih sejak dahulu. 

“Kerana akhirnya, mungkin cinta bukan tentang mencari hubungan yang sempurna. Tetapi tentang dua orang yang saling menghormati, tetap memilih untuk bertahan, belajar, memaafkan dan terus memilih satu sama lain. Setiap hari,” coretnya.

 

 Dalam hantaran itu juga, Bella turut menzahirkan penghargaan kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah kerana sudi berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai perjalanan kehidupan mereka.

 

Jelas Bella lagi, terdapat sesetengah perkara yang tidak dapat dipelajari hanya melalui pembacaan atau nasihat, sebaliknya lebih bermakna apabila dikongsikan oleh individu yang telah melaluinya sendiri.

“Terima kasih Tun M dan Tun Hasmah kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan yang begitu mahal nilainya dengan kami.

“Ada perkara yang kita boleh belajar daripada buku dan nasihat orang. Dan ada perkara yang hanya boleh kita pelajari daripada dua insan yang sudah membuktikannya dengan sebuah kehidupan,” tulisnya.

Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan di Menara 118, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement