Sekilas
- Pelakon Korea Baek Jin Hee mengesahkan berita perkahwinannya dengan teman lelaki bukan selebriti yang dijadualkan pada Januari depan melalui surat bertulisan tangan di Instagram.
- Jin Hee berkongsi rasa syukur kerana bertemu insan yang mengajarnya menghargai perkara kecil dalam kehidupan seharian.
- Dia berjanji akan terus menunjukkan sisi terbaik dirinya sebagai pelakon dan insan kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.
Pelakon Korea, Baek Jin Hee, 35, tampil berkongsi surat bertulisan tangan buat peminat selepas agensinya mengesahkan berita mengenai perkahwinannya dengan teman lelaki bukan selebriti.
Surat tersebut dimuat naik Jin Hee menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Jin Hee, dia mengakui masih sukar untuk mempercayai bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan.
“Pasti anda semua sudah mengetahui berita ini terlebih dahulu menerusi artikel, tetapi saya mahu berkongsi perasaan saya sendiri secara peribadi, jadi sebab itu saya menulis surat ini.
“Saya masih tidak dapat mempercayainya… tetapi! Saya… bakal berkahwin,” tulisnya.
Bagaimanapun dalam hantaran yang sama Jin Hee berkata, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang insan yang membuatkan dirinya menghargai perkara-perkara kecil dalam kehidupan seharian.
“Saya bertemu dengan seorang insan yang baik dan dia mengajar saya betapa berharganya menghabiskan hari-hari biasa bersama seseorang. Saya mahu terus bersama insan itu untuk masa yang lama.
“Saya juga tidak akan melupakan kasih sayang dan perhatian yang telah anda (peminat) berikan kepada saya.
“Saya akan menunjukkan sisi diri saya yang lebih baik sebagai seorang pelakon dan juga sebagai seorang insan,” tulisnya.