Skip to main content

Hiburan

Bakal Buat Korban, Amar Baharin Terkilan Terpaksa Kekalkan ‘Clean Shave Look’ Atas Tuntutan Kerja - “Mudah-Mudahan Allah…”

Amar Baharin

Sekilas

  • Pelakon Amar Baharin berkongsi rasa terkilan kerana tidak dapat melakukan amalan sunat seperti tidak bercukur sebelum ibadah korban akibat tuntutan kerja penggambaran.
  • Amar perlu mengekalkan penampilan 'clean shave look' sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah demi penggambaran yang sedang dijalankan.
  • Dia berharap ibadah korban yang dilakukan tahun ini diterima oleh Allah SWT walaupun tidak dapat mengikuti amalan sunat sepenuhnya.

Pelakon, Amar Baharin meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat melakukan amalan sunat sebelum melaksanakan ibadah korban dengan sempurna kerana tuntutan kerja.

Menerusi Threads, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini memaklumkan bahawa amalan sunat seperti tidak boleh bercukur tidak dapat dibuat kerana dia perlu mengekalkan penampilan ‘clean shave look’ sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah kerana sedang menjalani penggambaran.

“Aku rasa terkilan… aku akan buat korban… tapi aku sekarang tengah shooting.

“Terpaksa kekalkan ‘clean shaven look’ sepanjang 10 awal Zulhijjah. Makruh potong kuku, buang bulu-bulu,” luahnya.

Di akhir perkongsian, pemilik nama Amar Mohd Baharin ini berharap ibadah korban yang dilakukannya pada tahun ini diterima Allah SWT.

“Mudah-mudahan Allah terima ibadah korban aku,” tulisnya lagi.

Sekadar info, umat Islam yang berniat melakukan ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong kuku serta mencukur segala bulu dan rambut bermula 1 Zulhijjah sehingga haiwan korban disembelih.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement