Skip to main content

Hiburan

Bakal Mengarah Filem, Qi Razali Jadikan Aedy Ashraf Sumber Inspirasi - “Saya Tonton Sendiri Filem Terbitannya”

Qi Razali

Sekilas

  • Qi Razali bakal muncul sebagai pengarah dan penerbit filem pertamanya yang kini dalam proses memperkemaskan jalan cerita dan skrip.
  • Selain mengarah dan menerbitkan, Qi juga akan membintangi filem tersebut serta berperanan sebagai penolong pengarah.
  • Qi kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Wish List arahan Michael Ang, yang turut dibintangi pelakon terkenal lain.
Advertisement

Impian pelakon, Qi Razali untuk bergelar pengarah bakal tercapai apabila bakal tampil dengan filem pertama arahan dan terbitannya, tidak lama lagi.

Menurut Qi atau nama lengkapnya Qushairi Mohammed Razali, jiwanya bertambah berkobar-kobar selepas melihat kejayaan pelakon, Aedy Ashraf yang berjaya menerusi filem Tarung: Unforgiven.

Advertisement

"Perkara yang benar-benar membuatkan saya terdetik untuk memulakan projek filem sendiri adalah selepas melihat Aedy mengambil langkah menerbitkan filemnya. Saya mengikuti perkembangan dia dan menonton sendiri filem terbitannya.

"Cita-cita saya memang mahu menjadi pengarah. Jadi, untuk filem pertama ini saya bertindak sebagai penolong pengarah dahulu. Ramai yang sangka mudah, tetapi sebenarnya bukan senang menjadi pengarah," katanya kepada Gempak.

Qi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set penggambaran drama terbaharu lakonannya berjudul Wish List, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai filem pertama arahannya itu, Qi memaklumkan bahawa ianya kini berada dalam proses untuk memperkemaskan lagi jalan cerita serta penulisan skrip.

Tambahnya, dia bukan sahaja bertindak sebagai pengarah tetapi turut bertindak sebagai penerbit serta akan membintangi filem tersebut.

"Selain berlakon, saya juga mengambil langkah mengumpulkan kawan-kawan rapat untuk menghasilkan filem sendiri. Dalam filem itu nanti saya bertindak sebagai penerbit, penolong pengarah dan turut memegang satu watak," ceritanya.

Dalam perkembangan lain, Qi bakal tampil menerusi drama Wish List yang merupakan arahan pengarah terkenal, Michael Ang.

Selain Qi, drama tersebut turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sharifah Zarina, Ramona Zam Zam, Lorenzo Irman dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement