Skip to main content

Hiburan

Bakal Satu Pentas Dengan Biduanita Negara, Aisha Retno Tak 'Senang Duduk' - "Rasanya Akan Ke Toilet 10.5 Kali..."

Aisha Retno

Sekilas

  • Aisha Retno teruja dan gementar untuk berkongsi pentas bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert khas Aidilfitri 10 April ini.
  • Konsert Pentas Eksklusif Aidilfitri: Beraya dengan Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menampilkan artis bawah naungan SN Legacy seperti Umairah dan Oddah.
  • Tiket konsert tersebut habis terjual dalam beberapa jam selepas mula dijual, menunjukkan sambutan luar biasa daripada peminat.

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tidak dapat menyembunyikan keterujaan apabila bakal berkongsi pentas bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Pentas Eksklusif Aidilfitri: Beraya dengan Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi satu perkongsian, Aisha meluahkan rasa gementarnya menjelang persembahan tersebut tidak lama lagi.

“10 April ni I perform dengan TokTi, OMG Datuk Seri Siti Nurhaliza. Nyanyi lagu apa ni, rasanya akan ke toilet 10.5 kali sebelum naik stage perform dengan beliau,” katanya.

Selain Aisha, konsert khas Aidilfitri itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis di bawah naungan SN Legacy seperti Umairah dan Oddah.

Konsert yang diberi nama Pentas Eksklusif Aidilfitri: Beraya dengan Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sebelum ini dilaporkan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Lebih mengujakan, tiket bagi konsert yang bakal berlangsung pada 10 April itu habis terjual hanya dalam tempoh beberapa jam selepas mula dijual pada jam 12 tengah hari.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement