Sekilas
- Astro memperkenalkan 'Home of Live', platform yang menggabungkan konsert, program realiti, dan acara khas dalam satu ekosistem hiburan menyeluruh.
- Acara pra-eksklusif 'Hello Putrajaya' menampilkan selebriti popular Astro dari pelbagai program dan memberi peluang interaksi lebih dekat dengan peminat.
- Acara ini berlangsung pada 6 Disember 2025 di IOI City Mall Putrajaya dan turut bekerjasama dengan VIU untuk sesi meet & greet drama eksklusif.
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan langsung negara melalui platform strategik 'Home of Live'.
‘Astro Home Of Live’ menghimpunkan konsert, program realiti, acara khas serta aktiviti fizikal dan digital di bawah satu ekosistem secara menyeluruh.
Istimewanya lagi, acara pra-eksklusif ‘Hello Putrajaya’ ini menghimpunkan barisan selebriti daripada program-program popular Astro.
Antaranya Elite, Mendua, Mark Adam, Nubhan, Iskandar Ismail, Ruri Repvblik (Gegar Vaganza 12), Naqiu, Iaman dan Saputra (The Chosen One XTRA), Mazleen (Juara Kilauan Emas 2025), Auddra, Sharifah Shahira, Amad dan Siti Sairah (Talk To My Manager), ALPHA (Big Stage Alpha), Zuana(Raise The Star Malaysia), Alvin Chong dan Nicole Lai (Astro Star Quest), V-Haara (Attam), dan ramai lagi.
Showcase ini dianjurkan untuk menghargai peminat dengan memberikan pengalaman lebih dekat melalui persembahan, interaksi dan aktiviti menarik, termasuk penampilan awal artis yang bakal mewarnai ‘Konsert Countdown KITA 2026’.
‘Hello Putrajaya’ turut berkolaborasi dengan VIU yang menampilkan sesi meet & greet drama hit ‘Satu, Dua… Dia?’ bersama barisan pelakon utama, secara eksklusif untuk pelanggan Astro melalui Astro Rewards.
Acara ini berlangsung pada 6 Disember 2025 (Sabtu), jam 2.00 petang di Symphony East 3, Aras G, IOI City Mall Putrajaya sebagai pemanas suasana menjelang malam ‘Konsert Countdown KITA 2026’.