Skip to main content

Hiburan

Bantuan SARA RM100 Dikredit 9 Februari - PM Anwar

Sumbangan Asas Rahmah

Pembayaran Sumbangan Asas Rahman (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

Menurut Perdana Menteri, langkah itu dapat membantu rakyat Malaysia untuk melakukan persiapan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan.
 

"SARA tahun ini untuk semua rakyat, iaitu 22 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kita akan kreditkan pada 9 Februari ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026 pada Isnin.
 

Selain itu Anwar yang juga Perdana Menteri turut mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Januari ini.



Sumber: Astro AWANI 

Must-Watch Video

Advertisement