Skip to main content

Hiburan

Barisan Pelakon PGL Guna Kabel? Ini Respon Tiara Jacquelina - “Saya Pun Tak Akan Membuang…”

Astrogempak TIARA

Sekilas

  • Tiara Jacquelina menafikan dakwaan memilih pelakon tertentu awal dan menegaskan proses uji bakat dijalankan secara profesional dengan panel penilai yang ramai.
  • Watak Puteri Gunung Ledang memerlukan komitmen tinggi termasuk penghayatan budaya dan latihan intensif, jadi Tiara memilih dua pelakon utama dan seorang understudy untuk kesinambungan jenama.
  • Anak Tiara, Mila Mohsin, menghadiri uji bakat tanpa pengetahuan ibunya dan telah membuat persiapan rapi sebelum diumumkan sebagai pelakon utama bersama Aisha Retno.
Advertisement

Pengarah teater Puteri Gunung Ledang The Musical, Tiara Jacquelina menafikan dakwaan kononnya dia sudah menetapkan calon tertentu lebih awal untuk membintangi produksi muzikal tersebut.

Menurut Tiara, proses uji bakat dijalankan secara profesional dan melibatkan panel penilai yang ramai bagi memastikan setiap peserta diberikan peluang sama rata.

Advertisement

“Saya pun tak akan membuang masa berhari-hari duduk menghadap beratus orang yang datang uji bakat. Saya bukan suruh audition malah saya arahkan juga audition itu jadi saya nak bagi peluang untuk semua yang hadir. 

“Saya direct setiap orang yang hadir sebab saya tahu saya nak pilih dua orang puteri dan seorang understudy. Sebabnya ini kesinambungan jenama PGL yang saya inginkan untuk jangka masa panjang,” katanya kepada Gempak.

Menurutnya, mencari watak Puteri Gunung Ledang bukanlah sesuatu yang mudah kerana karakter tersebut memerlukan komitmen besar termasuk penghayatan budaya dan latihan intensif.

“Jadi nak cari puteri bukan mudah. Saya nak jadi puteri pun betapa azabnya saya kena berlatih, nak kena biasakan diri dengan budaya Jawa. Jadi alang-alang nak buat saya nak latih dua orang sekaligus,” ujarnya. 

Pada masa sama, Tiara mengakui terkejut apabila anaknya, Mila, membuat keputusan untuk menghadiri sesi uji bakat produksi tersebut tanpa pengetahuannya.

Menurut Tiara, Mila tidak berani memberitahu hasratnya lebih awal kerana memahami dirinya sebagai ibu pasti akan berasa serba salah untuk menilai kemampuan anak sendiri.

“Mila nak pergi audition dia tak berani nak cakap dengan saya, sebab dia tahu saya akan susah dan berbelah bahagi sebab anak kita sendiri susah kita nak judge.

“Tapi nasib baik ada panel ramai yang membuat keputusan,” katanya.

Tambah Tiara lagi, Mila sebenarnya sudah membuat persiapan rapi termasuk menjalani latihan vokal selama beberapa bulan sebelum menghadiri sesi uji bakat berkenaan.

“Mila practice vokal berbulan-bulan, tak cakap dengan kita. Tiba-tiba saya tengok nama dia dalam list, saya pun terkejut bila dia booking untuk audition,” ujarnya.

Terdahulu, Aisha Retno dan Mila Mohsin diumumkan sebagai pelakon utama Puteri Gunung Ledang The Musical dan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.

Biarpun Aisha dan Mila banyak menerima respons positif daripada wargamaya namun terdapat segelintir netizen yang beranggapan pemilihan tersebut disebabkan mereka mempunyai pengaruh yang kuat.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement