Sekilas
- Janna Nick sedar dia tidak dijemput ke acara baby shower atau gender reveal oleh rakan-rakannya, mungkin kerana mereka bimbang dia akan berasa sedih memandangkan dia sedang melalui fasa trying to conceive (TTC).
- Janna menegaskan dia gembira melihat orang lain mengandung dan meraikan kebahagiaan mereka walaupun perjalanan memiliki cahaya mata berbeza bagi setiap individu.
- Netizen berkongsi pengalaman serupa dan menyatakan mereka juga memahami perasaan tersebut serta tetap positif walaupun menghadapi cabaran TTC.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menyedari dia tidak mendapat jemputan ke acara 'baby shower' atau 'gender reveal' daripada rakan-rakannya.
Menurut Janna, perkara itu membuatkan dirinya tertanya-tanya sama ada rakan-rakannya bimbang dia akan berasa sedih memandangkan dirinya kini sedang melalui perjalanan untuk mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC).
“I baru sedar… kawan-kawan tak pernah invite I pergi baby shower atau gender reveal. Event lain, open house ke apa, depa invite je.
“So I tertanya… depa takut I sedih ka? Sumpah, I tak sedih langsung,” katanya.
Pada masa sama, Janna berkata sebagai seseorang yang sedang melalui fasa TTC, dia memahami bahawa perjalanan setiap individu untuk memiliki cahaya mata adalah berbeza.
“As someone yang sedang TTC, I genuinely happy bila tengok orang lain mengandung, dapat baby, announce pregnancy, semua tu.
“Maybe ada masa kita rasa sedih dengan journey sendiri, yes. Tapi that doesn’t mean kita tak boleh celebrate happiness orang lain," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa individu bersetuju dan memahami keadaan yang Janna sedang lalui.
"TTC 6thn here🤭betul,kita ok je sebenarnya cuma mgkin kwn2 nak jaga hati kita,tak nak kita rasa sedih padahal kita happy je tau lagi2 klo kita dgr kwn prgnt kn mesti nk sedia2 beli hadiah tuk bby,kita yg excited.
"Setujuuu. Ramai je macam tu. Tapi kita ok je kan. Don't worry sis. Saya dah nak masuk 12 tahun. Ignore je. Jemput kita pergi, bagi hadiah. Tak jemput, kita buat hal kite je ok. Enjoy our moments saja 🫶🏻✨
"Setujuuu.. kita happy jer tengok org lain pregnant, siap nak pegang lagi perut mommy nak rasa tendangan baby. Tapi tu la jadi sayu hati bila tiba-tiba org cakap "awak tu bila lagi? takde pape lagi ke? awak bila pulak nak perut mcm tu?" kalaulah kita boleh pilih bila kita nak mengandung.. kenapa org suka tny soalan yg Allah jer tahu jawapannya.
"Betul…kite happy je tgk kwn2 pregnant..kite sedeh dgn diri sndri je," komen netizen.