Skip to main content

Indonesia

Baru Usia 27, DJ Aloy Tiga Kali Tukar Agama

aloy

Ringkasan AI

  • DJ Mister Aloy, 27 tahun, telah menukar agama sebanyak tiga kali sepanjang hidupnya.
  • Dia dilahirkan dalam keluarga Katolik keturunan Tionghoa-Palembang dan mula memeluk agama Kristen semasa sekolah rendah.
  • Semasa remaja, dia memilih untuk memeluk Islam mengikuti ibunya yang juga berpindah agama.
  • DJ Aloy kini sedang mendalami agama Islam dan berusaha menjadi seorang Muslim yang baik.
  • Dia merancang untuk menunaikan umrah tahun depan bersama rakan DJ, Whisnu Santika.

Seorang disc jockey atau DJ terkenal Indonesia yang dikenali sebagai Mister Aloy mendedahkan meski baru berusia 27 tahun, dia telah menukar kepercayaan atau agamanya sebanyak tiga kali.

DJ Aloy atau nama sebenarnya, Aldy Renaldi berkongsi tentang perjalanan hidup terutama kerohanian itu sewaktu berbincang dengan Praz Teguh dalam YouTube Deddy Corbuzier.

Aloy yang juga merupakan seorang konten kreator memberitahu dia lahir sebagai seorang penganut Katolik dalam keluarga keturunan Tionghoa-Palembang.

“Saya lahir sebagai penganut Katolik. Namun kemudian saya pilih untuk mengikut agama Kristen.

“Saya jadi penganut Kristen sejak di sekolah rendah kerana waktu itu banyak teman-teman adalah Kristen. Jadi saya ikut saja,” katanya seperti dilaporkan Suara.com.

Namun pada usia remajanya juga dia sekali lagi bertukar agama. Kali ini DJ Aloy memilih memeluk Islam kerana mengikut ibunya yang berpindah dari Katolik menjadi muslim.

“Saya ini Cina - Islam. Sebenarnya kalau tanya kenapa saya peluk Islam, sebab saya ikut mama. Mama peluk Islam kerana kami tinggal di kawasan dengan penduduk Islam adalah majoriti. Dan senang untuk maklumat dalam dokumen keluarga, kami semua hanya ikut satu agama sahaja,” katanya.

DJ Aloy juga tanpa berselindung sehingga kini dia masih cuba mendalami dan menjadi muslim yang baik.

“Setakat ini, di usia 27, saya nyaman di sini (Islam). Saya masih mencari yang terbaik.

“Saya mahu cuba tunai umrah tahun depan, diajak sama rakan DJ, Whisnu Santika. Lihat macam mana ya nanti,” katanya menutup bicara.

Must-Watch Video

Advertisement