Skip to main content

Hiburan

Bawa Anak Ke Klinik, Syasya Rizal Terkejut Dikenali Doktor

Syasya Rizal

Sekilas

  • Syasya Rizal membawa anak sulungnya untuk pemeriksaan gigi pertama dan anak keduanya untuk vaksin di sebuah klinik.
  • Doktor yang merawat anaknya mengenali Syasya dan sempat berbual tentang lagu baru yang bakal dilancarkan penyanyi itu.
  • Syasya menganggap dirinya hanya seorang ibu biasa ketika bersama anak-anak tanpa rasa seperti selebriti.
Advertisement

Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi pengalaman mencuit hati sewaktu dirinya membawa dua cahaya matanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Menerusi hantaran di Threads, Syasya atau nama penuhnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 25, memaklumkan dia membawa anak sulungnya, Muhammad Yassir Hayyan menjalani pemeriksaan gigi buat kali pertama, manakala anak keduanya, Yara untuk menerima suntikan vaksin.

Advertisement

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah, bekas ahli kumpulan Dolla itu tidak menyangka doktor berkenaan mengenalinya dan mula bercakap soal lagu baharu yang bakal dikeluarkannya.

“Hari ni bawak Obot (panggilan anak sulung) pergi check gigi buat kali pertama, and Obit (panggilan anak kedua) pergi vaccine. Lepas tu doktor tiba-tiba cakap, ‘You look so familiar, you bukan yang nak keluar lagu baru tu ke?’

“Terkejut saya, doctor pun tahu saya nak release lagu baru. Lepas tu doktor anak saya cakap lagi, ‘First time jumpa artist humble’,” kongsinya.

Dalam masa sama, Syazya mengakui dia tidak pernah merasakan dirinya seorang selebriti setiap kali meluangkan masa bersama dua anaknya.

Sebaliknya dia hanya memberikan fokus untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu ketika bersama dengan mereka.

“Bila saya keluar dengan anak-anak, saya tak rasa macam artist pun sebenarnya. Saya hanyalah mama mereka yang tengah buat mommy duties,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah Mohd. Sapie pada 20 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia setahun serta Yara yang dilahirkan pada penghujung tahun lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement