Skip to main content

Hiburan

Bebas Dari Sebarang Komplikasi, Anak Angkat Rizalman Dibenarkan Keluar Hospital - “Selamat Pulang Ke Pangkuan Abah”

Bebas Dari Sebarang Komplikasi, Anak Angkat Rizalman Dibenarkan Keluar Hospital - “Selamat Pulang Ke Pangkuan Abah”

Sekilas

  • Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi berita gembira anak angkatnya, Umar Nail, dibenarkan pulang dari hospital tanpa komplikasi.
  • Umar hanya perlu menjalani pemeriksaan susulan dan berehat secukupnya untuk proses penyembuhan.
  • Rizalman mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital atas penjagaan yang diberikan selepas kemalangan Umar pada 30 Ogos lalu.
Advertisement

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim meluahkan rasa syukur selepas anak angkatnya, Umar Nail dibenarkan pulang.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Rizalman menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs).

Advertisement

Kongsi Rizalman, dia mendapat panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan Umar bebas daripada sebarang komplikasi.

“Anak Datuk dibenarkan pulang dan keluar dari hospital hari ini tanpa perlu ke mana-mana hospital swasta, beliau bebas dari sebarang komplikasi dan hanya perlu datang ke hospital untuk pemeriksaan susulan dari semasa ke semasa.

"Serta memerlukan rehat yang cukup bagi proses penyembuhan seterusnya. 'Progress' penyembuhannya dan semangat Umar sangat luar biasa," kongsinya.

Menerusi hantaran lain, Rizalman turut memuat naik hantaran mengucapkan selamat pulang kepada Umar.

"Selamat pulang ke pangkuan Babah wahai anakanda Umar," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Rizalman turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak hospital kerana telah menjaga dan merawat anak angkatnya dengan cukup baik.

Pada 30 Ogos lalu, Rizalman berkongsi mengenai Umar yang terlibag dalam kemalangan dengan lori ais ketika berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk, di sini.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement