Skip to main content

Hollywood

Bekas Suami Cardi B, Rapper Offset Ditembak

Astro Gempak offset

Sekilas

  • Rapper Offset ditembak di hadapan sebuah kasino di Florida dan kini menerima rawatan di hospital dalam keadaan stabil.
  • Dua suspek ditahan termasuk rapper Lil TJay yang didakwa mengepalai serangan, namun pihak guamannya menafikan dakwaan tersebut.
  • Insiden ini mengingatkan tragedi tiga tahun lalu apabila saudara Offset, Takeoff, maut ditembak di pusat permainan boling.
Advertisement

Rapper Offset atau nama sebenarnya, Kiari Kendrell Cephus berdepan detik ngeri selepas ditembak di hadapan sebuah kasino di Florida, Amerika Syarikat.

Offset, 34, yang juga merupakan bekas suami Cardi B dilaporkan mengalami kecederaan akibat insiden tersebut dan kini menerima rawatan di sebuah hospital, lapor BBC.

Advertisement

Bintang yang terkenal sebagai anggota Migos itu bagaimanpun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kenyataan rasmi pihak berkuasa tempatan menyatakan insiden berlaku di kawasan valet parkir sekitar pukul 7 malam waktu tempatan pada awal minggu ini.

Dua suspek kemudian berjaya ditahan selepas dipercayai melakukan insiden serangan tersebut. Pihak berkuasa kemudian menahan seorang rapper Lil TJay yang dipercayai mengepalai serangan tersebut.

Advertisement

Namun pihak guaman rapper itu menafikan dakwaan dan menegaskan kliennya tidak membawa senjata api sewaktu kejadian berlaku. TJay juga mengaku tidak berada di lokasi kejadian sewaktu perselisihan berlaku sehingga mengakibatkan Offset ditembak.

Tiga tahun lalu, salah seorang anggota Migos yang juga saudara Offset, Takeoff maut ditembak di pusat permainan boling.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement