Bekas suami Britney Spears, Kevin Federline membuat kenyataan yang cukup mengejutkan mengenai bintang pop terkenal dunia itu menerusi memoir terbaharunya, You Thought You Knew.
Menerusi pengakuan yang ditulis dalam buku yang menceritakan tentang kisah hidupnya termasuk sewaktu menjadi suami Spears adalah dua anak lelaki mereka Sean Preston, 20, dan Jayden James, 19, cukup takut dengan ibu mereka.
Advertisement
Salah satu sebabnya adalah Spears, 43, didakwa pernah memantau kedua anak mereka tidur sambil memegang pisau, lapor The New York Times.
“Kadang-kala jika terjaga pada waktu malam, mereka melihat Spears sedang memerhatikan mereka dengan senyap di tepi pintu bilik.
“Spears akan bertanya ‘oh kamu terjaga?’ Dan di tangannya ada pisau,” tulis isi buku tersebut.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan yang ditulis dalam buku tersebut, Spears menyifatkan ia sebagai satu pembohongan.
Dia malah berasa maruah dirinya sebagai seorang ibu telah dijatuhkan dan terhina dengan dakwan tersebut. Malah menerusi perwakilan, bintang itu melihat Federline sedang ‘mencari duit’ dengan cara memanfaatkan anak-anak mereka.
“Buku yang ditulis, sekali lagi adalah cara Federline mencari keuntungan dengan memanfaatkan anak-anak mereka,” ujar kenyataan itu.
Spears dan Federline, 47, yang merupakan penari dan DJ itu berkahwin pada 2004 sebelum bercerai pada 2007.