Skip to main content

Hiburan

Belasungkawa Nadia Kesuma, Ogy Ahmad Daud Titip Ucapan Takziah - “Selamat Beristirahat, Adik Orang Yang Baik…”

Nadia Kesuma

Sekilas

  • Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud menzahirkan ucapan takziah dan doa buat Allahyarhamah Nadia Kesuma yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Jeddah.
  • Fauziah memuji Nadia sebagai seorang adik yang baik, sentiasa tersenyum dan suka membantu orang dalam industri lakonan.
  • Jenazah Nadia kini berada di Hospital King Fahad dan akan dikebumikan di Jeddah selepas dilaporkan hilang selepas penerbangan dari Kuala Lumpur ke London transit di Jeddah.

Pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud menzahirkan ucapan takziah buat aktres, Allahyarhamah Nadia Kesuma yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Jeddah, Khamis lalu.

Menerusi ciapan di Threads, Fauziah yang mesra disapa Ogy turut menitipkan doa agar roh Allahyarhamad Nadia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

“Innalillahiwainnailaihirojiunz Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari azab kubur) dan maafkanlah dia.

“Doakan yang baik-baik ya buat Allahyarhamah Nadia Kasumawati Abdul Karim.

“Salam takziah buat suaminya, anak-anak dan seisi keluarga,” tulis Ogy.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem Azura ini menyifatkan Allahyarhamah Nadia sebagai seorang adik yang sangat baik dalam industri lakonan.

“Selamat beristirahat adik yang baik budinya yang sentiasa tersenyum dan suka membantu orang.

“Adik orang baik, Allah sayang orang yang baik,” katanya lagi.

Terdahulu, anak perempuan Allahyarhamah Nadia memaklumkan ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu menerusi laman Threads.

Jenazah Nadia kini berada di Hospital King Fahad dan akan dikebumikan di Jeddah.

Sebelumnya, Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement