Skip to main content

Hiburan

Beli Dengan Harga RM100, Pelakon Didakwa Jual Topi Tiruan - “Saya Beli Dekat…”

Yoyol

Personaliti media sosial dan usahawan, Nigel Sparks mendedahkan seorang pengikutnya telah membeli topi tiruan daripada seorang pelakon drama. 

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di TikTok, di mana Nigel berkongsi pengalaman pengikutnya yang mendakwa telah membeli topi berkenaan pada harga RM100 daripada seorang “reseller” , Fariz Isqandar atau lebih dikenali sebagai Yoyol.

"Kenapa topi awak ada sticker?  Ini bukan ori tau kami tak ada sticker,” kata Nigel.

"Saya beli dekat Yoyol, reseller,dia jual harga RM100” jawab pembeli itu.

Bagaimanapun, Nigel kekal tenang dan profesional dalam menangani situasi itu. Malah, dia sempat menasihati pengikutnya agar lebih berhati-hati dan membeli terus daripada pembekal sah.

“Kalau RM35 saya akan abaikan je, ini RM100 lebih baik beli dengan saya sahaja, lepas ini beli terus dengan saya. 

“Lepas ini cari The Cap City sahaja, janji awak ikhlas nak beli support The Cap City,” tambahnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pembeli berkenaan yang tidak menyedari dirinya telah tertipu.

“Terus hilang delete vtt dia yang lain hahahaha

“Bagi laaa dia cap free,, kesiannn dohhh dia

“Awak bg la die 1..sian dia kne tipu..

“Alamak kesian Wei kena scam gitue jer...patut sebelum beliau Search dulu Bro... apa pun simpati Wei 
kesian Sgt

“Kesiannyaaa 😭 Nigel can still say “takpe takpe, santai”. Other brand owners might not be this nice if they face the same situation. All love to TCC,” tulis netizen. 
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement