Sekilas
- Bella Astillah dilihat memandu caravan ke Melaka untuk bertemu tunangnya, Syed Saddiq, sambil membawa ahli keluarganya sebagai tanda sokongan.
- Warganet memuji keberanian Bella mengendalikan kenderaan besar itu dan menganggapnya wanita cekal serta berdikari.
- Syed Saddiq menjalankan Larian Kesyukuran selama empat hari dengan sasaran kutipan RM200,000, namun berjaya mengumpul RM361,848 dalam dua hari sahaja.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian warganet selepas dilihat memandu sebuah caravan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Melaka untuk bertemu dengan tunangnya iaitu Syed Saddiq.
Malah menerusi video yang dikongsikan di Threads itu, Bella dilihat turut membawa ahli keluarga Syed Saddiq untuk memberi sokongan
"Iron Lady otw ke Yang Tersayang. Dia siap bawa semua cinta hati YB. Manalah YB tak sayang. Lepas kerja terus drive nak ke Melaka, pasti nak bawa keluarga semua jumpa dan bagi semangat dekat YB. Memang hebat Bella Astillah," tulis individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji keberanian Bella mengendalikan kenderaan sebesar itu, malah menyifatkannya sebagai seorang wanita yang cekal dan berdikari.
"Dia akan pastikan semua orang selesa.
"Saya bawa Alza pun dah gelabah. Hebat kamu Bella.
"Patut bakal inlaw sayang gila pada Bella tanpa syarat.
"Caravan sebesar ini apa sangat... lori pun Bella boleh bawa. Bella memang Iron Lady.
"Bella yang tak kenal erti letih.. dia punya Vibe sama dengan YB.. tak pandai letih.. sehati sejiwa.
"Beginilah perempuan bila disayangi dan dihargai. Dia akan menggandakan usaha," komen warganet.
Sekadar info, Syed Saddiq memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Laman Maharani, Muar pada Khamis.
Larian selama empat hari itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.
Bagaimanapun, Syed Saddiq akui terkejut apabila berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM361,848 dalam tempoh dua hari.
Jumlah itu jauh melebihi sasaran awal sebanyak RM200,000 yang ditetapkan bagi tempoh empat hari menerusi inisiatif berkenaan.
Syed Saddiq berkata, dia sendiri terkejut dengan sokongan luar biasa yang diterima daripada rakyat yang bukan sahaja menyumbang, malah turut memberikan semangat sepanjang larian tersebut.