Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Mula Bertugas Sebagai Penyampai Radio ERA Esok

bella

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bakal memulakan langkah baharu dalam dunia penyiaran apabila diumumkan sebagai penyampai radio ERA, berkuat kuasa esok (22 September 2025).


Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian rasmi di Instagram ERA yang memuat naik surat tawaran khas ditujukan kepada Bella.

Advertisement

Menariknya, surat berkenaan ditulis seolah-olah dokumen rasmi yang menyatakan tarikh pelantikan, tugasan serta waktu bertugas seawal jam 6 pagi bersama geng 3 Pagi ERA.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Dengan sukacitanya, pihak ERA menawarkan jawatan kepada Bella Astillah sebagai Penyampai Radio ERA berkuat kuasa mulai 22 September 2025.

 

“Kami yakin bakat dan keperibadian Bella akan memberi nilai tambah kepada ERA dalam terus menghiburkan pendengar di seluruh negara,” jelas kenyataan itu.

Must-Watch Video

Advertisement