Skip to main content

Selebriti

Bella Astillah Rasa Bahagia, Akui Terpikat Dengan Keperibadian Syed Saddiq - “Dia Seorang Yang Jujur, Baik…”

Bella Saddiq nak kahwin

Sekilas

  • Bella Astillah berasa syukur dan bahagia selepas rayuan akhir pendakwaan terhadap tunangnya, Syed Saddiq, berpihak kepada pembebasan.
  • Dia percaya Syed Saddiq seorang yang baik dan tidak bersalah sepanjang perkenalan mereka.
  • Bella terpikat dengan keperibadian dan layanan Syed Saddiq terhadap ibu bapa serta keluarganya.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan bahagia apabila keputuran rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan berpihak kepada tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menurut Bella, dia menganggap Syed Saddiq seorang yang baik dan mempercayai tunangnya tidak bersalah.

“Mestilah Bella sangat-sangat bahagia, dan paling penting adalah rasa lega, tenang dan bahagia sebab Bella tahu Saddiq seorang yang sangat-sangat baik. Bella tahu Saddiq tak bersalah. Terima kasih,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Bella mengakui dia terpikat dengan keperibadian dan layanan Syed Saddiq terhadap ibu bapa dan keluarga.

“Sebab Bella nampak macam mana peribadi dia. Yang paling utama Bella nampak macam mana layanan dia terhadap orang tua dan keluarga, itu paling penting.

“Dan Bella tengok dia seorang yang sangat jujur, baik dan amanah sepanjang perkenalan saya dengan dia. Selebihnya Insya-Allah nanti kita akan lebih lagi kongsikan bila dah sampai masa. Terima kasih,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement