Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah, Syed Saddiq Tampil Sedondon Dalam Photoshoot, Peminat Tak Sabar Tunggu Pengumuman Istimewa Di MeleTOP

Bella Astillah, Syed Saddiq Tampil Sedondon Dalam Photoshoot, Peminat Tak Sabar Tunggu Pengumuman Istimewa Di MeleTOP

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq akan membuat pengumuman eksklusif malam ini di program MeleTOP pada pukul 9 malam.
  • Kedua-duanya kelihatan dalam sesi fotografi dengan tema warna putih dan merah jambu yang tular di media sosial.
  • Peminat menunjukkan keterujaan tinggi dan tidak sabar menantikan pengumuman istimewa tersebut.
Advertisement

fotografi membabitkan selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencetuskan keterujaan netizen apabila kedua-duanya bakal membuat satu pengumuman eksklusif malam ini.

Menerusi beberapa video yang tular, Bella dan Syed Saddiq atau mesra digelar BASS dilihat menjalani sesi fotografi dalam persalinan serba putih selain tampil sedondon dalam rona merah jambu dengan Bella mengenakan tudung.

Keterujaan peminat semakin memuncak apabila program MeleTOP mengumumkan kedua-duanya bakal hadir secara eksklusif untuk berkongsi satu pengumuman istimewa.

“Ada sesuatu yang eksklusif bakal diumumkan di MeleTOP!

“Syed Saddiq dan Bella Astillah akan hadir secara eksklusif untuk berkongsi satu pengumuman istimewa bersama satu Malaysia. Kena tunggu dan saksikan di MeleTOP,” tulis hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengakui tidak sabar menantikan pengumuman berkenaan.

“Berdebar-debar lah. Tak sabarnya nak tunggu pengumuman.

“Berseri, cantik dan sepadan sangat mereka BASS. Aduh sakit dada kami di sini, tak sabar nak tunggu pengumuman. Moga ada yang baik-baik,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, setakat ini Bella dan Syed Saddiq belum mendedahkan apakah pengumuman istimewa yang bakal dikongsikan.

Pengumuman tersebut dijadualkan berlangsung menerusi MeleTOP malam ini pada pukul 9 malam di Astro Ria, Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement