Skip to main content

Selebriti

Belum Lawat Amira Othman, Yuti Ada Sebab Tersendiri - “Kita Sendiri Tak Tahu Keadaan…”

Yuti Amira Othman bersalin

Sekilas

  • Yuti menjelaskan dia belum melawat sahabat baiknya, Amira Othman, dan bayi lelakinya yang baru lahir bagi memberi ruang rehat kepada Amira dan menjaga kesihatan bayi.
  • Yuti menegaskan keluarga terdekat diberi keutamaan untuk meluangkan masa bersama Amira dan bayi terlebih dahulu.
  • Yuti turut mendoakan kesihatan Amira dan bayi Muhammad Jarir Umar serta kelancaran urusan mereka sekeluarga.

Pempengaruh media sosial, Yuti tampil menjelaskan mengapa dia masih belum berkesempatan menziarahi sahabat baiknya, Amira Othman yang baru menimang cahaya mata pada Selasa lalu.

Menerusi perkongsian di platform Threads, dia berkata dia menerima banyak mesej daripada pengikut yang bertanyakan sama ada sudah melawat Amira dan bayi lelakinya, Muhammad Jarir Umar.

Jelas Yuti, dia sengaja menangguhkan hasrat tersebut bagi memberi ruang kepada Amira untuk berehat selain mengutamakan kesihatan bayi yang masih berada dalam tempoh awal kelahiran.

“Ramai yang DM dan tanya Yuti masa live, ‘Dah pergi tengok baby Jarir ke? Dah melawat Mira dan baby ke?’, jawapannya, belum lagi.

“Sabar ya guys. Bagi ibunya betul-betul berehat dulu. Baby pun baru beberapa hari lahir.

“Lagipun, kita sendiri tak tahu keadaan kesihatan kita seratus peratus, jadi lebih baik kita sama-sama berhati-hati demi kesihatan baby,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, Yuti juga menegaskan buat masa ini keutamaan sewajarnya diberikan kepada ahli keluarga terdekat untuk meluangkan masa bersama Amira dan bayi terlebih dahulu.

“Sudah tentu buat masa ni, keluarga terdekat akan diberi keutamaan dahulu.

“Kita yang dari jauh ni kirim doa yang baik-baik saja.

“Semoga Mira cepat pulih, baby Jarir membesar dengan sihat, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Amin,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Fattah dan Amira diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement