Skip to main content

Selebriti

Ben Amir Kongsi Berita Gembira, Kekasih Peluk Islam - “Ambillah Masa, Pelajari Sedikit Demi Sedikit”

Kekasih Ben Amir Peluk Islam

Ringkasan AI

  • Pelakon Ben Amir berkongsi berita kekasihnya dari Filipina telah memeluk agama Islam.
  • Video di Instagram menunjukkan wanita tersebut memegang dokumen 'Maklumat Masuk Islam'.
  • Ben memberi ucapan selamat dan doa agar kekasihnya menikmati perjalanan baru dalam Islam.
  • Netizen memberikan ucapan tahniah dan doa baik kepada pasangan ini di ruangan komen.
  • Ben mengakui mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu dan kini hatinya dimiliki wanita tersebut.

Pelakon, Ben Amir mendedahkan kekasihnya yang juga merupakan seorang wanita asal Filipina telah memeluk agama Islam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Ben sendiri menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Video pendek itu merakamkan seorang wanita yang memakai tudung sedang memengang helaian dokumen bertulis ‘Maklumat Masuk Islam’.

“Welcome to Islam. Ambillah masa, pelajari sedikit demi sedikit, nikmati keindahannya, dan ketahuilah bahawa kamu tidak pernah bersendirian.

“Semoga Allah sentiasa melindungimu dengan penuh kasih sayang. Moga perjalanan ini membawamu lebih dekat kepada kedamaian, tujuan hidup, dan dirimu yang sebenar,” tulis Ben.

 

 Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Ben dan pasangannya serta mendoakan yang baik-baik.

 

Terdahulu, Ben mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita asal Filipina dan mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Must-Watch Video

Advertisement