Skip to main content

Hiburan

Ben Ladin Belum Sedia Kongsi Punca Sebenar Botakkan Kepala, Minta Netizen Henti Buat Spekulasi - “Siap Cakap Dah ‘C’ Dengan Isteri Saya…”

bbc

Sekilas

  • Penyanyi rap Ben Ladin mengakui belum bersedia berkongsi sebab sebenar dia membotakkan kepala yang mencetuskan tanda tanya ramai.
  • Ben menegaskan keputusan itu tiada kaitan dengan rumah tangganya dan hubungannya dengan isteri masih baik.
  • Dia menjelaskan isu sebenar memerlukan penjelasan panjang dan bukan hanya berkaitan perkara fizikal.
Advertisement

Penyanyi rap Ben Ladin mengakui masih belum bersedia untuk berkongsi alasan sebenar di sebalik tindakannya membotakkan kepala yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat dan netizen.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Ben menjelaskan keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan rumah tangganya.

Advertisement

“Saya tak ready lagi ceritakan pasal kenapa saya botak tu. Nak explain panjang.

“Siap cakap saya dah ‘C’ dengan isteri saya. Mengarut. Anna dengan saya elok je. Tak ada kena mengena pasal hubungan saya dengan wife,” tulisnya.

Menurut pelantun lagu Hikayat Benladin itu, isu yang mendorong kepada keputusannya memerlukan penjelasan yang panjang.

Advertisement

“Cerita ni kalau dibukak panjang sangat. Benda bukan fizikal je,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tindakan Ben atau nama penuhnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan membotakkan kepala menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya berjaya menarik perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi rap berkenaan turut meluahkan perasaan mengenai ujian yang dilaluinya pada awal tahun ini sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must Watch Video

Advertisement