Skip to main content

Hiburan

Ben Ladin Nafi Botak Kepala Kerana Masalah Rumah Tangga - “Alhamdulillah Kami Tetap Bersama Membesarkan Anak”

Ben Ladin

Sekilas

  • Ben Ladin menafikan keputusan membotakkan kepala ada kaitan dengan masalah rumah tangga bersama isteri, Anna Syida.
  • Mereka kini bahagia membesarkan anak lelaki mereka selepas berkahwin pada Julai 2024.
  • Ben memberi bayangan bahawa tindakannya membotakkan kepala berkaitan dengan isu kesihatan yang akan dijelaskan kemudian.

Penyanyi rap, Ben Ladin menafikan keputusan dirinya untuk membotakkan kepala dibuat kerana mempunyai masalah rumah tangga bersama isteri, Anna Syida.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi, video tular dirinya yang membotakkan kepala sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan rumah tangganya.

Malah, dia dan Anna kini sedang bahagia membesarkan cahaya mata mereka.

“Selepas video saya botakkan kepala, ada yang cakap saya dan Anna sudah tidak bersama.

“Saya dengan Anna tiada masalah rumah tangga dan Alhamdulillah tetap bersama membesarkan anak kami,” kongsinya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ben turut memuat naik foto dirinya yang mendukung anak sambil ditemani Anna di sisi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Akulah Ben Ladin ini seakan memberi bayangan bahawa tindakannya membotakkan kepala mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan yang dihadapi.

“Saya akan jelaskan isu mengenai kesihatan saya dalam waktu terdekat,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ben dan Anna telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: TikTok Ben Ladin

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement