Sekilas
- Anjing pengesan dari Unit K9 PDRM turut mencuri tumpuan dalam perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan penampilan penuh uniform dan disiplin.
- Seekor anjing bernama Hugo menarik perhatian netizen kerana aura kepimpinan dan penampilan gagahnya yang unik.
- Nama Hugo pada uniformnya menjadi simbol kekuatan, malah ada yang menyamakan wajahnya dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise.
Bukan sahaja anggota keselamatan dan peserta perarakan menjadi tumpuan ketika sambutan Hari Kebangsaan 2026, malah anjing-anjing pengesan dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menarik perhatian.
Bukan sahaja tampil penuh ‘gah’ dengan aura masing-masing tetapi haiwan berkenaan juga turut menyarungkan ‘uniform’ yang membuatkan mereka kelihatan lebih hebat ketika menyertai perbarisan tersebut.
Dipimpin pula oleh pelatih masing-masing, kesemua anjing itu juga dilihat berbaris mengikut arahan.
Namun,seekor anjing K9 bernama Hugo berjaya membuatkan netizen terpegun dengan auranya yang tersendiri.

Netizen menyifatkan wira berkaki empat bernama Hugo itu memiliki aura seorang ‘leader’, dengan tubuh yang tegap serta penampilan yang kelihatan gagah.
Malah, nama Hugo yang tertera pada ‘uniform’nya turut mencuri perhatian, seolah-olah menggambarkan karakter serta kekuatan yang dimilikinya.

Tidak kurang juga, ada yang menyamakan Hugo dengan pelakon Hollywood terkenal, Tom Cruise, sekiranya wira berkaki empat itu diterjemahkan dalam bentuk manusia.

