Skip to main content

Hiburan

Berdepan Masalah ‘Hati Berlemak’, Jasmin Hamid Syukur Badan Dah Tak Gelembung Selepas Buat Bariatrik - “Saya Jadi Murung Masa…”

Jasmin Hamid

Sekilas

  • Pelakon Jasmin Hamid bersyukur kerana memiliki badan yang sihat selepas menjalani pembedahan bariatrik yang dicadangkan oleh rakan baiknya, Zarina Zainuddin.
  • Jasmin mengalami masalah hati berlemak dan kemurungan akibat komen negatif orang ramai terhadap bentuk badannya sebelum membuat keputusan untuk pembedahan.
  • Dia menegaskan pembedahan bariatrik yang dilakukan oleh doktor pakar adalah selamat dan hanya dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa syukur apabila memiliki bentuk badan yang sihat selepas membuat pembedahan bariatrik yang dicadangkan oleh rakan baiknya, aktres Zarina Zainuddin. 

 

Mempunyai masalah hati berlemak, Jasmin mengakui dia mengalami kemurungan disebabkan ‘mulut jahat’ orang yang hanya mengutuk badannya. 

 

“Syukur Alhamdulillah sebab saya dah tak gelembung lagi lepas buat pembedahan bariatric dengan @dr.mustafamt.my yang diperkenalkan oleh kawan baik saya @zarinazainuddin_ .

 

“Bila @dr.mustafamt.my periksa, saya dah ada fatty liver rupanya. Saya jadi MURUNG masa badan saya gelembung sebab mulut jahat manusia yang hanya tahu komen dan kondem.

 

“Dah macam-macam cara saya nak kurus dan sihat tapi semua usaha saya HAMPA sebab metabolism saya makin rendah dan jalan terakhir adalah Bariatric Surgery,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama di Instagram, Jasmin memberitahu dia pada mulanya ditakutkan dengan pembedahan tersebut namun yakin dengan prosedur yang dilakukan oleh doktor pakar. 

 

“Macam-macam orang takutkan saya fasal Bariatric Surgery tapi bila saya dah lalui sendiri, inilah adalah procedure yang selamat untuk kurus dan sihat. 

 

“Tambahan pula ia di lakukan oleh Doktor yang bertauliah dan yang terbaik di Asia Pacific. Doktor akan lakukan medical check up sebelum buat procedure untuk pastikan, setiap pesakit layak ataupun tidak untuk buat Bariatric Surgery.

 

@dr.mustafamt.my tak akan buatkan surgery jika kesihatan pesakit tak mengizinkan walaupun kita banyak duit dan sanggup untuk bayar mahal,” katanya lagi. 

Sumber - Instagram

 

Must-Watch Video

Advertisement