Skip to main content

Hiburan

Berlaku Kekeliruan Melibatkan Perkahwinan Dengan Marissa Dania, Aslam 'Bawa' Peguam Syarie Beri Penjelasan - "Sijil Nikah Kita Berjaya Peroleh..."

Amad Aslam

Sekilas

  • Ahmad Aslam tampil bersama peguam syarie, Ammar Yaser, untuk jelaskan isu pernikahannya yang menjadi bualan ramai.
  • Peguamnya menegaskan pendaftaran perkahwinan Aslam dibuat secepat mungkin dan pernikahan di Thailand adalah sah mengikut hukum syarak.
  • Sijil pernikahan telah diperoleh dan akan dipamerkan, manakala Aslam kini mempunyai dua isteri selepas berkahwin dengan Marissa Dania pada Disember 2023.

Personaliti media sosial, Ahmad Aslam, tampil bersama peguam syarie, Ammar Yaser, untuk memberi penjelasan berhubung isu pernikahannya yang menjadi bualan ramai.

Menerusi satu hantaran di Threads, tujuan dia membuat video tersebut adalah bagi memperbetulkan keadaan dan mengelakkan salah faham berterusan dalam kalangan masyarakat yang diwakili oleh peguamnya.

"Saya Ahmad Aslam. Saya terpanggil untuk saya beri kenyataan atas sebab terlalu banyak fitnah atas diri saya berkenaan dengan isu pernikahan saya,” katanya.

Menurut Ammar, terdapat beberapa kekeliruan yang perlu diperjelaskan, antaranya dakwaan bahawa Aslam lewat membuat pendaftaran perkahwinan.

Jelasnya lagi, meskipun terdapat kekangan dari segi prosedur, pihaknya berjaya memfailkan kes berkaitan dalam tempoh yang singkat.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam untuk memberikan penjelasan tentang beberapa kekeliruan. Kekeliruan yang pertama adalah berkaitan dengan bila Encik Aslam daftar, adakah Encik Aslam ni daftar lambat.

“Kalau nak diikutkan apa yang Encik Aslam buat inilah proses yang paling cepat yang kita dapat laksanakan. Kalau ikutkan Encik Aslam tak boleh nak failkan lagi pun kes, apa-apa kes selepas daripada ini, tetapi kita berjaya untuk failkan kes ini.

"Yang kedua, nikah yang telah berlaku di Thailand telah pun selesai. Kita telah menutup cerita di situ sebenarnya. Dan pernikahan ini adalah pernikahan yang sah mengikut hukum syarak," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ammar turut memaklumkan bahawa sijil pernikahan juga telah berjaya diperoleh, sekali gus membolehkan proses seterusnya dijalankan.

"Sijil nikah kita telah berjaya peroleh. Kalau tak ada sijil nikah, kita tak dapat nak buat proses yang seterusnya. Bagaimana rupa bentuk sijil nikah itu, akan ditayangkan oleh anak guam saya," tambahnya. 

Untuk rekod, Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Aslam sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.

Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Hud, Nuh serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 17 Februari lalu.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement