Skip to main content

Hiburan

Bertahun Tak Jumpa, Anak Mas Idayu Dakwa Aman Graseka Makin Sakit Tapi Dipaksa Bekerja? - “Tuan Badan Ingatlah Allah”

Aman Graseka

Sekilas

  • Nir Dayini Ashiqah, anak penyanyi Mas Idayu, mendakwa bapanya dipaksa bekerja walaupun kesihatannya semakin merosot.
  • Dayini mengikuti perkembangan bapanya melalui maklumat yang disampaikan oleh individu lain walaupun sudah lama tidak berjumpa.
  • Dayini menegur pihak yang memaksa bapanya bekerja dan mengingatkan tentang dosa derhaka, tanpa mendedahkan identiti pihak tersebut.

Anak kepada penyanyi, Mas Idayu iaitu Nir Dayini Ashiqah mendakwa bapanya tetap dipaksa untuk bekerja meskipun berada kesihatannya kurang memuaskan.

Menerusi ciapan di Threads, Dayini memaklumkan bahawa meskipun sudah bertahun lama tidak berjumpa namun dia masih mengikuti perkembangan bapanya menerusi maklumat yang diberikan beberapa individu kepadanya.

"Ya, memang betul saya sudah bertahun-tahun tidak berjumpa papa. Namun Alhamdulillah, setiap tahun ada sahaja hamba Allah yang menyampaikan maklumat atau perkembangan terkini mengenai dirinya.

"Dari situ saya tahu keadaan papa sekarang. Tetapi semakin lama, semakin teruk keadaannya.

"Apa yang saya cuba sampaikan ialah papa saya sedang sakit teruk tetapi masih dipaksa bekerja?

"Tuan badan ingatlah Allah. Tuan badan ingatlah Allah. Derhaka kepada suami adalah dosa besar," kongsinya di Threads.

Walau bagaimanapun, Dayini tidak berkongsi secara terperinci mengenai siapakah ‘tuan punya badan’ yang dimaksudkannya.

Untuk rekod, Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan Mas Idayu pada 1997 dan dikuniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai 10 tahun kemudian.

Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan iaitu Nurul Amrina pada 2018 dan mempunyai dua cahaya mata lelaki.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement