Skip to main content

Hiburan

Bertuah Nabila Razali! Suami Hadiahkan Kereta Idaman Sempena Hari Lahir - “Saya Post IGS Itu Main-Main…”

Nabila Razali

Sekilas

  • Penyanyi Nabila Razali menerima kejutan hadiah sebuah kereta mewah daripada suaminya, Nik Iruwan Nik Izani.
  • Nabila pada mulanya hanya bergurau di Instastory sebelum suaminya benar-benar membelikan kereta idamannya.
  • Netizen turut berkongsi kegembiraan dan menganggap Nabila bertuah mempunyai suami yang penyayang dan prihatin.

Rezeki tak salah alamat… itu yang boleh digambarkan mengenai kejutan yang diterima oleh penyanyi Nabila Razali daripada suaminya, Nik Iruwan Nik Izani. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Nabila meluahkan rasa syukur apabila menerima hadiah kejutan sebuah kereta mewah daripada suaminya.

 

Bermula dengan hanya bergurau menerusi Instastory, Nabila tidak sangka suaminya benar-benar membelikan kereta idamannya. 

 

“Saya post ke igs tu main-main saja. Sekali sampai. Alhamdulillah. Terima kasih sayang. 

 

“Alhamdulillah, Ya Rabb Ya Allah, perliharalah suamiku, murahkan rezekinya, kuatkan tubuhnya, lapangkan hatinya, dan gantikan setiap penatnya dengan ganjaran yang besar di sisiMu,” kongsinya. 

 

Rata-rata netizen turut berasa gembira untuk Nabila dan menganggap penyanyi lagu Peluang Kedua itu bertuah mempunyai seorang suami yang baik.  

@nabila.razalii Alhamdulillah MashaAllah Tabrakallah. Thank you so much sayang for the birthday gift 🤍 @Jetour Auto Damansara ♬ #BalasBaik - Nabila Razali

Must-Watch Video

Advertisement