Skip to main content

Hiburan

Beto Kusyairy Tolak Berlakon Jalan Cerita Klise, Pilih Skrip Berkualiti Demi Kepuasan - “Terlalu Banyak Siri Kisah…”

Beto Kusyairy

Sekilas

  • Beto Kusyairy menafikan dakwaan dia sudah tidak berminat berlakon drama bersiri panjang dan masih terbuka menerima tawaran dengan syarat skripnya bagus.
  • Pelakon berusia 46 tahun itu lebih memilih naskhah yang memberi kepuasan dan manfaat, serta mengelak cerita cinta tiga segi dan penunggang agama.
  • Beto bakal muncul dalam drama terbaru Good Boys Go To Heaven yang mengisahkan seorang bapa mencari pembunuh anaknya yang hilang dan ditemui mati secara kejam.

Pelakon, Beto Kusyairy menepis dakwaan kononnya dia sudah tidak lagi berminat untuk membintangi drama bersiri panjang, sebaliknya menegaskan bahawa dia masih terbuka menerima sebarang tawaran.

Ujar pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman ini, fokus utamanya ketika ini adalah untuk membintangi naskhah yang mampu memberi kepuasan serta membawa manfaat kepada penonton dan bukanlah kerana mahu mengejar populariti semata-mata.

“Desas-desus saja, saya tak menolak untuk buat episod bagi drama televisyen, mainstream dan sebagainya, asalkan skripnya bagus.

“Di fasa ini, saya bukan lagi nak kejar nama, fame atau populariti. Di kala ini, saya lebih suka buat benda yang beri saya kepuasan dari sudut hasil kerja, dan sesuatu yang boleh beri manfaat kepada saya juga penonton,” katanya kepada Gempak.

Beto berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan drama terbaharu lakonannya yang berjudul Good Boys Go To Heaven bertempat di TGV KLCC, baru-baru ini.

Ditanya mengenai kriteria naskhah yang ingin dibintanginya, pelakon berusia 46 tahun ini berkata dia lebih cenderung untuk elakkan diri dari terlibat dalam cerita berunsurkan cinta tiga segi atau kisah ‘penunggang agama’.

“Kita dah terlalu banyak siri kisah cinta tiga segi, penunggang agama dan sebagainya. Pada saya, bila dah ada yang buat, kenapa saya perlu buat?

“Dan ini hanyalah pendapat saya. Disebabkan terlalu banyak kisah penunggang agama, penonton akan pukul rata kepada semua agamawan sedangkan ada ramai ustaz dan agamawan yang betul-betul baik. Saya tak nak jadi punca kepada persepsi begitu, jadi kalau boleh saya cuba elak,” katanya.

Dalam masa yang sama, Beto menjelaskan bahawa dia ada menerima beberapa tawaran namun terpaksa ditolak kerana berlakunya pertindihan pada jadual kerjanya

“Ada juga yang saya tolak, tapi kebanyakannya sebab jadual clash. Bukan sebab projek tak bagus,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Beto bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya yang berjudul Good Boys Go To Heaven (GBGTH).

GBGTH ini mengisahkan seorang bapa, Yasser yang cemas apabila anaknya, Ahyan, dilaporkan hilang di pekan terpencil Kuala Makar. Lebih memilukan, Ahyan akhirnya ditemui mati dibunuh secara kejam, sekali gus menjadikan Yasser suspek utama. Yasser menjejak individu-individu mencurigakan bagi mencari pembunuh sebenar dan membersihkan namanya.

Selain Beto, siri drama yang mendapat sentuhan pengarah Ariff Zulkarnain ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Malek Mccrone dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement