Skip to main content

Selebriti

Betty Rahmad Nasihat Tak Perlu Pertikai Orang Belajar Taddabur - “Setiap Orang Allah Tarik Dengan Cara Berbeza…”

Betty Rahmad Nasihat Tak Perlu Pertikai Orang Belajar Taddabur - “Setiap Orang Allah Tarik Dengan Cara Berbeza…”

Sekilas

  • Betty Rahmad berkongsi bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mendekati ilmu agama, termasuk memulakan dengan tadabbur Al-Quran.
  • Betty menegaskan tidak wajar mempersoalkan cara orang lain belajar agama kerana setiap orang Allah tarik dengan cara berbeza.
  • Daripada tadabbur Al-Quran, Betty terdorong untuk memperbaiki amalan harian seperti solat dan ibadah sunat serta mendalami ilmu halal haram.
Advertisement

Pelakon, Betty Rahmad berpendapat setiap individu mempunyai perjalanan tersendiri dalam mendekati dan mendalami ilmu agama.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Betty berkata tidak wajar mempertikaikan mereka yang memilih untuk memulakan perjalanan agama dengan mempelajari tadabbur Al-Quran kerana setiap orang mempunyai cara berbeza untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Advertisement

“Tak perlu pun pertikaikan orang belajar tadabbur atau kata ‘patut belajar fardu ain dulu’. Setiap orang Allah tarik dengan cara yang berbeza.

“Saya sendiri bermula dengan Al-Quran. Dari belajar membaca Al-Quran, saya mula belajar tadabbur,” ujarnya.

Kata Betty lagi, proses mendalami ilmu agama juga tidak semestinya bermula dengan perkara yang sama bagi setiap individu, sebaliknya ia boleh hadir melalui pelbagai jalan yang akhirnya mendorong seseorang untuk terus belajar dan memperbaiki diri sebagaimana dirinya.

Advertisement

Jelas Betty lagi, daripada mempelajari dan memahami isi kandungan Al-Quran, dia mula terdorong untuk memperbaiki amalan harian termasuk soal solat dan ibadah sunat.

“Untuk saya, Al-Quran yang mula-mula mengetuk hati saya. Tadabbur buat saya cuba memahami apa yang Allah sedang ajar, tegur dan sampaikan kepada saya.

“Dari situ rasa nak belajar lagi. Nak betulkan solat. Nak solat awal waktu. Nak belajar ibadah sunat.

“Nak tahu halal haram. Nak kenal Allah lebih dekat. Kalau bukan kerana Al-Quran dan Tadabbur melembutkan hati saya, mungkin saya takkan sampai ke tahap nak belajar semua itu,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must Watch Video

Advertisement