Sekilas
- Beyonce kini rasmi sebagai bilionair dengan aset bernilai RM3.2 bilion menurut Forbes.
- Kejayaan Renaissance World Tour 2023 menyumbang besar kepada kekayaannya, dianggarkan bernilai RM2.4 bilion.
- Selain Beyonce, Elon Musk diumumkan sebagai individu terkaya dunia 2025 dengan kekayaan US$342 bilion.
Pesohor Hollywood, Beyonce secara rasmi masuk dalam senarai orang bilionair menurut Forbes.
Beyonce dilaporkan memiliki aset mencecah RM3.2 bilion dan dijangka akan menikmati lebih banyak kekayaan pada tahun akan datang, lapor BBC.
Pengumuman ini menjadikan diva tersebut masuk dalam senarai selebriti elit yang terlebih dahulu bergelar bilionair. Mereka termasuklah Taylor Swift, Rihanna, Bruce Springsteen dan suaminya, Jay-Z.
Menurut laporan sama, antara sumbangan terbesar dirinya masuk dalam kelompok bilionair adalah hasil daripada Renaissance World Tour pada 2023 lalu yang dianggar bernilai RM2.4 bilion, menjadikan dirinya sebagai salah seorang bintang muzik pop terkenal dunia seiring Taylor Swift.
Dia juga memperoleh kekayaan menerusi konsert jelajah album yang memenangi album terbaik, Cowboy Carter yang dipasarkan pada 2024, Cowboy Carter Tour dengan anggaran sekitar RM1.6 bilion untuk penjualan tiket sementara RM202 juta melalui penjualan cenderamata.
Individu terkaya dunia 2025 jatuh kepada Elon Musk menggantikan taikun barangan mewah Perancis, Bernard Arnault. Kekayaan bersih Musk dianggarkan berjumlah US$342 bilion.