Sekilas
- Fizie dari radio GEGAR berkongsi pandangan tentang kemelut antara Shuib dan Jep Sepahtu, menegaskan ia berdasarkan persahabatan dan rasa kemanusiaan tanpa memihak mana-mana pihak.
- Fizie menegaskan Shuib seorang yang pemurah dan banyak membantu orang tanpa diketahui, serta berharap isu ini diselesaikan secara baik tanpa campur tangan luar.
- Jep pula meluahkan rasa muak isu persahabatan mereka terus diperkatakan dan menegaskan tiada perjanjian pembayaran rasmi dibuat untuk kumpulan mereka.
Penyampai radio GEGAR, Fizie tampil berkongsi pandangannya mengenai kemelut membabitkan dua sahabatnya, Shuib dan Jep Sepahtu yang kembali menjadi perhatian ramai.
Menerusi Instagram, Fizie menegaskan perkongsiannya bukan bertujuan menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya lahir atas dasar persahabatan dan rasa kemanusiaan.
“Tergerak hati aku nak meluah apa yang aku rasa sebagai seorang manusia. Bukan nak menyebelahi sesiapa, tapi atas dasar persahabatan dan rasa kemanusiaan kita sesama insan.
“Bila aku tengok apa yang sedang menimpa sahabat aku Shuib, aku jadi termenung panjang,” katanya.
Menurut Fizie, sepanjang mengenali Shuib, dia melihat sendiri sisi pemurah sahabatnya itu termasuk pelbagai bantuan yang diberikan kepada individu lain tanpa diketahui ramai.
“Jujur aku cakap, aku kenal siapa Shuib. Aku kenal hati budi dia, betapa pemurahnya dia dan berapa banyak tangan yang dia hulurkan untuk tolong orang lain di belakang kamera termasuk aku yang ramai orang tak tahu.
“Tapi manusia kan, tidak pernah sunyi daripada diuji,” ujarnya.
Bagaimanapun, Fizie berpandangan apa yang berlaku ketika ini merupakan urusan antara Shuib dengan rakannya dan berharap mereka dapat menyelesaikannya secara baik tanpa campur tangan pihak luar.
“Apa yang berlaku sekarang ini adalah urusan antara dia dengan kawan dia.
“Dalam persahabatan, biasalah ada pasang surutnya, ada kala kita diuji dengan salah faham. Biarlah mereka berdua yang selesaikan cara baik.
“Kita di luar ini, usah ditokok tambah cerita,” katanya.
Apa yang lebih meruntun hatinya adalah apabila ahli keluarga turut dikaitkan dengan kemelut tersebut sedangkan mereka tidak mempunyai hubungan dengan perselisihan berkenaan.
“Tolonglah, jangan heret ahli keluarga mereka yang tidak bersalah.
“Isteri dan anak-anak kecil mereka tiada kaitan langsung dengan sengketa ini. Kasihanilah mereka,” katanya.
Fizie turut mengajak orang ramai supaya tidak menambahkan keadaan dengan kata-kata yang boleh memburukkan lagi situasi.
“Kalau kita tak mampu menjadi ubat yang menyembuhkan luka orang, sekurang-kurangnya janganlah kita jadi racun yang mematikan.
“Sebarkanlah kasih sayang, doakan yang baik-baik kerana di hujung cerita nanti, apa yang kita tinggalkan di dunia ini adalah doa dan kebaikan, bukan benci,” katanya.
Terdahulu, Jep tampil menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib yang didakwa masih membangkitkan isu persahabatan mereka menerusi podcast.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mengakui sudah memohon maaf atas perkara yang berlaku sebelum ini, namun meluahkan rasa muak apabila isu berkenaan terus diperkatakan secara terbuka.
Dalam kenyataan sama, Jep turut menyentuh sebuah podcast yang didakwa membincangkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka.
Menurut Jep, berdasarkan pemahamannya, tiada perjanjian pembayaran dibuat untuk kumpulan kerana urusan terdahulu dilakukan secara individu.
Dia turut meminta sebarang isu berkaitan pembayaran dijelaskan secara terus tanpa berkias sehingga boleh menimbulka