Skip to main content

Hiburan

Biduanita Siti Nurhaliza Memang Mega! Gema Bumantara Tampil Noraniza Idris, Haziq… Penghibur Indonesia, Lesti Kejora & King Nassar Pun Ada

Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza akan mengadakan Konsert Tradisional Gema Bumantara pada 17 Oktober di Stadium Nasional Unifi, Bukit Jalil.
  • Konsert ini menampilkan muzik tradisional dan warisan Nusantara dengan kolaborasi bersama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, buat pertama kali dalam skala besar sejak 1999.
  • Selain Noraniza, konsert ini turut menampilkan Haziq serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.
Advertisement

Selepas lebih tiga dekad mengukuhkan kedudukan sebagai Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal tampil dengan sebuah konsert epik dan pertama kali seumpamanya iaitu  Konsert Tradisional Gema Bumantara yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Unifi, Bukit Jalil pada 17 Oktober.


 

Advertisement

Lebih mengujakan persembahan terbesar yang mengetengahkan muzik tradisional dan warisan Nusantara dalam skala stadium ini turut dibarisi penyanyi dalam genre sama termasuk Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.


 

Kolaborasi Siti, 47, dengan Noraniza, 58, akan menjadi penyatuan pertama buat dua pesohor seni negara ini dalam skala besar selepas bergabung di dalam album Seri Balas pada tahun 1999.


 

Siti dan Noraniza atau Kak Ani juga cukup gah serta telah memartabatkan lagu irama tradisional dan etnik kreatif antaranya menerusi lagu Hati Kama.


 

Selain Noraniza, Siti turut menjemput Haziq dan dua penyanyi Indonesia iaitu Lesti Kejora dan King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement