Sekilas
- Azhan Rani memuji bakat semula jadi Hussain, peserta Big Stage Rocketfuel, sebagai penyanyi dan penghibur yang berbakat.
- Azhan berkongsi pengalaman bertemu Hussain dan mengakui dirinya peminat Hussain walaupun sibuk dengan penggambaran.
- Azhan memberikan kata semangat dan pujian terhadap vokal Hussain serta mendoakan kejayaan dan kesihatan berterusan untuknya.
Pelakon, Azhan Rani menyifatkan bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain mempunyai bakat semula jadi sebagai seorang penyanyi dan penghibur.
Menerusi hantaran di Instagram, Azhan berkongsi momennya bertemu Hussain dan mengakui dirinya sendiri merupakan peminat kepada bintang berkenaan.
“Yang ini saya tak malu. Dia tegur saya dulu. Sopan macam saya juga masa kecil dulu. Perasan diri sendiri sikit. Lepas itu saya cakap, ‘Saya peminat awak. Boleh saya bergambar?’”
“Saya taklah ikut sangat program nyanyian dia sebab masa saya pun banyak di set penggambaran. Tapi setiap kali melintas pasal nyanyian dia, saya memang tengok.
"Ada tarikan pada suara dan pakej dia sebagai seorang penghibur. Tambah pula saya memang minat Pak Ayat atau Abang Jamilulhayat Abdillah. Pernah ada kaset dia dulu masa zaman sekolah rendah,” katanya.
Dalam pada itu, Azhan turut menitipkan kata semnagat dan memberikan pujian terhadap kemampuan vokal Hussain.
“Good luck, Hussain. DNA penyanyi itu memang dah ada dalam badan dia. Nak komen pasal nyanyi, saya tak pandai. Saya nyanyi lagu Helikopter pun pitching ke laut.
“Tapi Hussain suara lunak, pitching bagus, kawalan nafas pun bagus. Cuma rambut itu saja kena buat balancing balik. Entahlah, saya tak pandai nak komen. Saya doakan terus sihat, kekal merendah diri, nikmati pentas anda, cintai pekerjaan anda dan dikelilingi sahabat-sahabat yang betul.
“Sentiasa menyanyi dengan ikhlas. Semoga mendapat perjalanan yang indah di dunia dan akhirat. All the best,” ujarnya.