Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Bukan Rasa Diri Dah Hebat, Yad-Z Akui Masih Belajar - "Kalau Tak Tanya, Maksudnya..."

Menurut Yad-Z, dia berjanji akan memberikan yang terbaik agar tidak mengecewakan pihak juri serta para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan.

Sekilas

  • Yad-Z dari Big Stage Rocketfuel menerima teguran juri Aisha Retno dengan positif dan berjanji untuk memperbaiki diri.
  • Dia sentiasa terbuka untuk belajar dan mendapatkan pandangan daripada tenaga pengajar serta pihak produksi demi meningkatkan prestasi.
  • Pengalaman berada dalam kelompok tiga terbawah memberi tekanan mental, namun Yad-Z gunakan sebagai motivasi untuk persembahan akan datang.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Yad-Z menerima teguran dan komen daripada juri tetap, Aisha Retno secara positif, malah menganggap setiap pandangan yang diberikan sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

Menurut Yad-Z, dia berjanji akan memberikan yang terbaik agar tidak mengecewakan pihak juri serta para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan.

“Terima kasih Aisha sebab beri kata-kata semangat kepada saya. Setiap komen saya ambil sebagai satu pembakar semangat untuk saya belajar lagi. 

“Saya akan cuba buat yang terbaik dan saya tak mahu hampakan juri dan semua orang yang menyokong saya,” katanya kepada Gempak. 

Yad-Z turut menegaskan dia sentiasa terbuka untuk mendapatkan pandangan daripada pihak yang lebih berpengalaman, termasuk tenaga pengajar dan pihak produksi.

Advertisement

Mengulas lanjut, Yad-Z menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk terlalu mengikut kehendak sendiri ketika membuat persembahan, sebaliknya cuba memberikan sesuatu yang dirasakan mampu menarik perhatian juri dan penonton.

“Saya baru sahaja masuk dalam industri. Dekat sini pun saya jujur, saya masih belajar. Saya kadang-kadang boleh tanya Cikgu Shafi, saya akan call dia untuk tanya bagaimana prestasi saya. 

"Selepas kelas pun saya akan tanya apa yang boleh diperbaiki. Kalau saya tak tanya, maksudnya saya berlagak. Sebab itu saya bertanya dengan production juga, tanya side production macam mana, okey ke. 

“Saya mungkin masih tercari-cari lagi apa benda yang saya rasa saya kena buang. Tapi benda tu mungkin menjadikan satu kesilapan yang besar juga. Saya anggap benda tu sebagai komen yang positif juga. Sebab nanti akan ingat dalam kepala, lepas ni jangan buat macam tu lagi,” ujar Yad-Z.

Sementara itu, Yad-Z mengakui pengalaman berada dalam kelompok tiga terbawah selama dua minggu berturut-turut sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mentalnya.

Bagaimanapun, dia cuba menggunakan pengalaman tersebut sebagai motivasi untuk tampil lebih baik pada persembahan akan datang.

“Kita dah top, lepas tu bottom 3 minggu lepas, minggu ni bottom 3. Benda tu mungkin kacau juga mental. Insya-Allah saya akan buat yang paling terbaik. Doakan saja,” tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement