Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: “Darah Daging Saya Sendirikan, Salah Ke Nak…” - Hussain

Menurut Hussain, sokongan yang diberikan oleh adik-beradiknya bukanlah sesuatu yang perlu dipersoalkan kerana mereka merupakan individu yang sentiasa berada di belakangnya sejak awal perjalanan kerjaya.

Sekilas

  • Hussain dari Big Stage Rocketfuel (BSR) mempertahankan adik-beradiknya yang disyaki cuba menumpang popularitinya selepas penyertaannya dalam program realiti nyanyian.
  • Dia menjelaskan sokongan keluarga adalah penting kerana mereka sentiasa membantu sejak awal kerjayanya, termasuk ketika dia menghadapi masalah kewangan selepas berhenti kerja untuk fokus pada program realiti sebelum ini.
  • Hussain menegaskan tindakan adik-beradiknya aktif di media sosial bukan untuk mencari populariti, tetapi sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap dirinya.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain tampil mempertahankan ahli keluarganya selepas terdapat dakwaan adik-beradiknya cuba mengambil kesempatan terhadap populariti yang diraih menerusi penyertaannya dalam program realiti nyanyian tersebut.

Menurut Hussain, sokongan yang diberikan oleh adik-beradiknya bukanlah sesuatu yang perlu dipersoalkan kerana mereka merupakan individu yang sentiasa berada di belakangnya sejak awal perjalanan kerjaya.

Advertisement

“Darah daging saya sendirikan, salah ke nak support? 

“Saya pun sebelum nak masuk sini mereka yang hantar saya, dahulukan duit mereka,” kata Hussain kepada Gempak. 

Pada masa sama, Hussain turut berkongsi pernah berdepan masalah kewangan selepas terpaksa berhenti kerja bagi memberi fokus kepada program realiti terdahulu, Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurutnya, ahli keluarga merupakan insan yang paling dekat untuk membantu dirinya meneruskan perjalanan sebagai seorang penghibur.

“Sebelum ini saya tak ada duit sebab kena berhenti kerja nak masuk TTMM dulu. Takkanlah orang luar yang nak tolong saya? Mestilah adik beradik sendiri,” ujarnya. 

Hussain turut menegaskan dia tidak melihat tindakan adik-beradiknya yang aktif memberikan sokongan di media sosial sebagai usaha untuk meraih perhatian atau populariti.

Sebaliknya, dia menganggap perkara tersebut sebagai satu bentuk penghargaan dan tanda sokongan daripada insan yang banyak membantunya.

“Bagi saya tak perlu ada pihak yang mahu mempertikaikan mereka (adik-beradik) nak tumpang populariti saya. Sebab benda ini rezeki, dan ia datang daripada adik-beradik saya juga.Itu tanda sokongan mereka pada saya,” tambahnya. 

Terdahulu, Hussain mempertahankan ahli keluarganya selepas seorang pengguna Threads mendakwa adik-beradiknya cuba ‘menumpang populariti’ yang diraih menerusi penyertaannya dalam program realiti nyanyian itu.

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendakwa sering melihat ahli keluarga Hussain aktif memberi komen termasuk membalas kenyataan pengarah, Michael Ang di media sosial setiap kali selesai persembahan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement