Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Emran Rijal Tunai Janji ‘Sponsor’ Baju Hussain, Pesan Jangan Lupa Jasa Orang Sekeliling

Big Stage Rocketfuel

Sekilas

  • Emran Rijal, suami pempengaruh Tyra Kamaruzzaman, menaja busana untuk Hussain, peserta Big Stage Rocketfuel, bagi membantu impiannya menjadi juara.
  • Emran berkongsi video di media sosial ketika mengambil ukuran badan Hussain untuk menyiapkan busana persembahan di pentas Big Stage.
  • Emran juga memberi pesanan kepada Hussain supaya sentiasa menghargai insan yang menyokongnya sepanjang perjalanan karier.

Suami kepada pempengaruh Tyra Kamaruzzaman iaitu Emran Rijal menunaikan hasratnya untuk menaja busana buat bintang program Big Stage Rocketfuel iaitu Hussain.

Menerusi perkongsian yang dibuat di media sosial, sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Emran berharap kerjasama yang dilakukan itu mampu membantu Hussain merealisasikan impiannya untuk bergelar juara.

“Alright, kita dah settle our appointment dengan Hussain, peserta daripada Big Stage. Alhamdulillah, ia berjalan dengan baik.

“Saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada Hussain yang masih baharu dalam industri. Kita support dia, kita sponsor baju dan bekerjasama dengan Hussain untuk merealisasikan impian dia menjadi juara.

“Saya doakan yang terbaik buat dia. Ini juga satu perjalanan yang panjang untuk dia dan saya sebab memang suka menyokong artis-artis baharu.

“Saya harap kami sama-sama dapat mencapai kejayaan. Saya tak sabar nak tengok hasil busana itu dipakai di atas pentas. Ia pasti akan menggembirakan saya,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Emran turut memuat naik video memaparkan momen dirinya mengambil ukuran Hussain badan bagi menyiapkan busana yang bakal dipakai penyanyi itu bagi membuat persembahan di pentas Big Stage Rocketfuel.

Dalam masa sama, Emran turut menitipkan pesanan buat Hussain untuk sentiasa mengenang jasa insan yang berada di sisinya.

“Bila you ada segalanya, jangan lupa orang yang segalanya untuk you. So, let’s go.”

Terdahulu, nama Emran dan Hussain menjadi bualan warganet apabila ramai berpendapat wajah mereka mempunyai iras yang hampir sama.

Susulan itu, Emran memuat naik satu hantaran di media sosial menyatakan hasrat untuk menaja busana buat Hussain bagi persembahannya di Big Stage, sekali gus menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement