Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Haqiem Rusli Minta Jangan Kecam, Beri Peserta Peluang - “Mistakes Will Happen, That’s How…”

Haqiem Rusli

Sekilas

  • Haqiem Rusli menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan ekspektasi terlalu tinggi terhadap peserta Big Stage X yang masih dalam proses pembelajaran.
  • Beliau menegaskan bahawa kesilapan adalah perkara biasa dan peserta perlu diberi ruang untuk menikmati perjalanan mereka di pertandingan tersebut.
  • Peserta Yad-Z sebelum ini menerima kecaman kerana kenyataan sombong, namun telah memohon maaf dan menjelaskan niat sebenar beliau.
Advertisement

“Kesilapan Itu Perkara Biasa, Biar Mereka Nikmati Perjalanan Di Big Stage” - Haqiem Rusli

Penyanyi, Haqiem Rusli tampil memberikan pesanan menerusi Threads dipercayai susulan kecaman yang diterima beberapa peserta Big Stage X Rocketfuel sejak minggu pertama konsert berlangsung.

Advertisement

Menerusi ciapan yang dibuat, Haqiem meminta orang ramai untuk tidak terlalu meletakkan ekspektasi terlalu tinggi terhadap peserta yang masih berada dalam fasa belajar serta sedang berusaha memperbaiki diri.

“Jangan terlalu mengharapkan mereka itu sempurna sedangkan mereka masih dalam proses belajar dan sedang cuba memberikan yang terbaik.

“Biarkan mereka menikmati perjalanan di Big Stage. Kesilapan itu perkara biasa, sebab daripada situlah kita belajar untuk jadi lebih baik. Jadilah baik, jangan kejam,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju dengan kenyataan yang dibuat pelantun lagu Tergantung Sepi itu.

Terdahulu, peserta Big Stage X Rocketfuel, Yad-Z menerima kecaman ramai selepas dikatakan membuat kenyataan berbaur sombong dan ego usai konsert minggu pertama pada Ahad.

Yad-Z kemudiannya tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak berniat merasakan dirinya hebat sebaliknya hanya yakin dengan bakat yang ada.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement