Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Komen Tegas Bukan ‘Condemn’, Tok Ram Mahu Peserta Belajar & Baiki Kelemahan - “Kalau Nyanyi Teruk, Saya Tak Akan…”

Big Stage Rocketfuel: Komen Tegas Bukan ‘Condemn’, Tok Ram Mahu Peserta Belajar & Baiki Kelemahan - “Kalau Nyanyi Teruk, Saya Tak Akan…”

Sekilas

  • Datuk Ramli MS menjelaskan komen kritikalnya kepada peserta Big Stage X Rocketfuel adalah untuk membantu mereka memperbaiki prestasi, bukan untuk mengutuk atau memperlekehkan.
  • Tok Ram menegaskan bahawa komen dan tegurannya berdasarkan pengalaman profesional dan bertujuan memberi ilmu kepada peserta agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran nyanyian masa depan.
  • Juara Big Stage X Rocketfuel ialah Hussain, diikuti Adam Nazmie di tempat kedua dan Ranisha di tempat ketiga, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai, single terbitan, dan peruntukan pengurusan kerjaya.
Advertisement

Maestro muzik, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram menjelaskan komen yang diberikan terhadap enam peserta pada minggu akhir program Big Stage X Rocketfuel pada malam Ahad bukanlah bertujuan untuk mengutuk atau memperlekehkan kemampuan mereka.

Sebaliknya, pemilik nama Ramli Mohd Salleh ini menjelaskan bahawa setiap teguran yang diberikan adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu untuk membantu kesemua peserta mengenal pasti kelemahan sekali untuk mereka perbaiki di masa akan datang.

Advertisement

“Saya tak ‘condemn’ nyanyian mereka sebaliknya saya hanya memberikan info. Jadi komen saya itu membuatkan seperti mereka (peserta) banyak buat kesalahan.

“Info dan komen saya beri itu adalah info yang mereka patut tahu dan gunakan. Jadi komen itu adalah untuk mereka perbaiki lagi di masa akan datang sebab selepas ini mereka akan menyanyikan beratus lagu jadi, gunakan,” katanya kepada Gempak

Tok Ram berkongsi perkara tersebut ketika  ditemui usai konsert minggu akhir Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada malam Ahad.

Ditanya mengenai tindakannya yang menunjukkan bahagian kepala dan telinga ketika memberikan komen kepada bintang Danial Kafli, Tok Ram menjelaskan bahawa perlakuan tersebut bukan bertujuan untuk bersikap kasar, sebaliknya merujuk kepada konsep yang selalu difahami dalam kalangan penggiat muzik profesional.

“Dia bukan maksud kasar. Contoh macam you pakai minda tak? Bukan kata kau pekak atau kau tak ada ini… memang secara profesional orang muzik mendengar pakai minda, bukan pakai telinga.

“Jadi jangan salah tafsir bila saya kata you dengar pakai minda. Mesti fikir negatif. Dia tak tahu yang orang profesional memang pakai minda,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, suami kepada penyanyi Datin Alyah ini berpendapat bahawa dia juga tidak mempunyai sebab untuk memberikan komen yang panjang sekiranya seseorang peserta benar-benar gagal menyampaikan persembahan dengan baik.

Ujarnya, pendekatan itu juga sudah menjadi prinsip yang dipegangnya sepanjang terlibat sebagai juri dalam program realiti termasuk Gegar Vaganza (GV).

“Saya tak pernah komen kasar. Memang prinsip saya, kalau orang itu nyanyi teruk, saya tak akan komen.

“Kalau tengok dekat GV, mana ada saya komen kasar? Nak marah-marah orang pun tak ada. Saya rasa saya tak nak komen. Memang dia terkeluarlah. Kalau saya tak komen, memang dia terkeluarlah,” tambahnya.

Memberikan pula respon segelintir netizen yang berpendapat dia sepatutnya dilantik sebagai juri lebih awal, Tok Ram berpandangan bahawa tiga juri tetap yang ada sudah menjalankan tugas dengan baik.

“Saya rasa tiga-tiga juri itu pun dah cukup. Mereka dah okey dan dah beri input yang baik.

“Budak-budak itu pun masih baharu. Jadi kalau saya datang pada final, bukan bermaksud saya nak mencacatkan persembahan mereka.

“Saya memang suka bakat-bakat baharu seperti ini. Lagi banyak mereka bertanya kepada saya, lagi banyak yang saya boleh kongsikan. Sebab mereka perlu faham bahawa mereka ini adalah pelapis masa depan,” jelasnya.

Pada malam kemuncak program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung pada Ahad, Hussain dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, selain peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Adam Nazmie yang membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Manakala Ranisha berada di tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement