Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: “Mama Tahu Kamu Anak Yang Kuat, Maaf Kalau Mama Tak Sempurna…” - Ibu Alif Rieffa

Ayu kepoh

Sekilas

  • Ibu Alif Rieffa, Ayu Kepoh, berkongsi video kenangan dan pesanan menyentuh hati tentang ketabahan anaknya menghadapi kritikan sepanjang Big Stage Rocketfuel.
  • Ayu memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah, berjanji akan sentiasa berada di sisi Alif dalam apa jua keadaan.
  • Big Stage X Rocketfuel menampilkan 11 peserta dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta platform Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Ibu kepada bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Alif Rieffa yang dikenali sebagai Ayu Kepoh menitipkan pesanan menyentuh hati buat anaknya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ayu memuat naik video kenangan ketika menghantar Alif menyertai BSR.

Advertisement

Menurut Ayu, dia berasa sebak melihat ketabahan anaknya yang disifatkan mampu berdepan pelbagai kritikan netizen sepanjang menyertai pertandingan tersebut.

Malah kata Ayu, mereka telah melalui pelbagai fasa susah dan senang bersama, sekali gus membuatkan dia sentiasa berusaha menjadi ibu terbaik buat Rieffa.

“Throwback hantar Alif Rieffa ke Big Stage, mama tahu anak kuat dan mama tahu kamu boleh hadap apa yang orang cakap macam-macam dekat kamu.

Advertisement

“Kita selalu hadapkan susah senang sama-sama, maafkan mama kalau mama bukan mama yang sempurna,” coretnya.

Lebih menyentuh hati, Ayu mendedahkan bahawa dia sahaja memikul tanggungjawab sebagai ibu tetapi juga sebagai ayah kepada Alif dan berjanji akan terus berada di sisi anaknya dalam apa jua keadaan.

“Tapi mama akan selalu buat yang terbaik dan yang the best untuk anak mama. Mama janji selagi mama hidup mama akan selalu ada Alif.

“Mama lah ibu, mama lah ayah kamu, ingat sampai bila-bila,” luahnya.

Terdahulu, Rieffa hampir pitam selepas membuat persembahan di minggu kedua BSR.

Rieffa berkata insiden tersebut kemungkinan terjadi kerana dirinya terlalu gemuruh dan pertama kali membuat persembahan di atas pentas yang besar.

Selain Rieffa, 10 bintang lain yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.


 

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Must Watch Video

Advertisement