Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Nak Bayar ‘Hutang’ Dengan Peminat, Hussain Mahu Buat Sesi Meet & Greet - “Nak Belanja Nasi Lemak Ibu Saya”

Big Stage Rocketfuel: Nak Bayar ‘Hutang’ Dengan Peminat, Hussain Mahu Buat Sesi Meet & Greet - “Nak Belanja Nasi Lemak Ibu Saya”

Sekilas

  • Hussain, juara Big Stage X Rocketfuel, merancang mengadakan sesi meet and greet bersama peminat selepas kemenangan malam Ahad.
  • Dia mahu tunaikan janji beramah mesra dengan peminat sejak menyertai Talk To My Manager 2 dan bercadang menjamu nasi lemak hasil air tangan ibunya, 'Nasi Lemak Buckle Up'.
  • Hussain membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, single terbitan Rocketfuel, peruntukan pengurusan bernilai RM100,000, dan trofi juara.
Advertisement

Juara program Big Stage X Rocketfuel, Hussain merancang mahu mengadakan sesi ‘meet and greet’ bersama para peminatnya selepas diumumkan sebagai pemenang bagi program tersebut pada malam Ahad.

Ujar Hussain atau nama lengkapnya Jamak Hussain Jamilul Hayat, dia mahu berbuat demikian kerana sudah ‘berhutang’  untuk melakukan sesi beramah mesra dengan para peminatnya sejak menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2) lagi.

Advertisement

“Pertama sekali, wang kemenangan itu saya nak buat sesi meet and greet.

“Sebab daripada TTMM2 lagi tak buat. Saya dah hutang dengan peminag saya sebenarnya,” katanya kepada Gempak.

Hussain berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai konsert minggu akhir program Big Stage X Rocketfuel yang bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Hussain, dia juga bercadang mahu menjamu para peminatnya nasi lemak hasil air tangan ibunya yang diberi nama ‘Nasi Lemak Buckle Up’.

“Nak belanja durian mungkin susah. Mungkin saya nak belanja nasi lemak mak saya, Nasi Lemak Buckle Up. Saya boleh belanja semua peminat saya,” ujarnya.

Pada malam kemuncak program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung pada Ahad, Hussain dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, selain peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement