Sekilas
- Aisha Retno kekal dalam bajet yang ditetapkan pengurusan untuk busana dan gaya sepanjang program Big Stage Rocketfuel.
- Penata gaya Aisha mengesahkan perbelanjaan imejnya mencecah puluhan ribu ringgit.
- Aisha kini sudah tidak memakai pendakap gigi selepas tiga tahun, menandakan imej baharu yang akan dipertahankan.
Sejak program Big Stage Rocketfuel (BSR) ditayangkan, penampilan juri tetap, Aisha Retno antara yang berjaya menyorot perhatian warganet.
Ketika ditemubual, Aisha memilih untuk tidak mendedahkan tidak mendedahkan kos bagi busana dan gaya yang digayakannya sepanjang program itu berlangsung.
Jelas Aisha atau nama Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 26, setiap perbelanjaan yang telah dikeluarkan masih mengikut perancangan kewangan yang ditetapkan pihak pengurusannya.
"Setakat ini kita dalam bajet kitalah semestinya untuk Big Stage ini. Kita dah tetapkan berapa bajet yang perlu dikeluarkan. Tugas saya hanyalah menjuri dan sudah semestinya kita berhabis dari segi 'glamming', untuk menyanyi semua tak ada sangat.
"Sejujurnya, saya pun tak tahu (harga) tapi memang sama dengan semua persembahan yang saya laksanakan," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, penata gayanya, Abu Shaef Hamza hanya mengesahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi busana dan imej yang digayakan Aisha mencecah nilai puluhan ribu ringgit.
Pada masa sama, pelantun lagu Tak Adil itu juga mengakui tidak menyedari penampilannya sentiasa menjadi bualan di sosial media.
"Saya tak sedar sebab tahu dekat Big Stage saya sebagai juri kiranya hanya untuk menemani dan menyantuni persembahan. Fokus kita pada peserta.
"Tapi bila tahu mengenai ini, saya rasa macam menarik. Jadi, saya lagi bersemangat nak tunjukkan penampilan apa nak dihasilkan setiap minggu. Terima kasih semua yang menanti-nantikan saya," luahnya.
Selain gaya busana, Aisha turut berkongsi mengenai perubahan imej terbaharunya yang kini sudah tidak lagi menggunakan pendakap gigi selepas tiga tahun memakainya.
"Akhirnya selepas tiga tahun, ada jug akan yang berspekulasi macam mana AJL (Anugerah Juara Lagu) dan PGL (Puteri Gunung Ledang) nanti masih pakai pendakap gigi ke?
"Saya rasa ini masanya, inilah imej kalian akan lihat selama-lamanya. Suara insya-Allah lebih 'care-free' dah tak ada pendakap gigi semua. Insya-Allah, semua dipermudahkan," katanya.