Sekilas
- Sabrina diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir pada minggu ketiga Big Stage Rocketfuel selepas mendapat markah terendah.
- Adam Nazmie menduduki tempat pertama dengan markah tertinggi 74.33% menerusi lagu "Raikan Cinta" nyanyian Datuk M. Nasir.
- Hussain sekali lagi memenangi anugerah Rocketstar of The Week dengan undian online tertinggi bagi minggu kedua.
Pentas minggu ketiga Big Stage Rocketfuel yang baru sahaja melabuhkan tirai pada Ahad menyaksikan Sabrina diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir.
Pada konsert yang bertemakan ‘Time Code’ itu, Sabrina gagal layak ke minggu keempat selepas diumumkan mendapat markah terendah.
Sementara itu, kedudukan pertama menjadi milik Adam Nazmie menerusi lagu Raikan Cinta nyanyian Datuk M. Nasir dengan markah tertinggi iaitu 74.33 peratus
Bukan itu sahaja, Hussain sekali lagi memenangi anugerah Rocketstar of The Week apabila meraih undian online tertinggi bagi minggu kedua.
Tempat kedua pula menjadi milik Ranisha manakala Qilo pula berada di tempat ketiga.
Selain itu, Sabrina, Rieffa dan Yad-Z menduduki tangga tiga terbawah.
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 10 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.
Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.